Followers

Sunday, July 18, 2021

Dalam tak sedar, dah besar dah anak bujang kita niiii HUKHUKHUK Dah masuk sekolah dah tahun ni, 5 years. Walaupun umur belum sampai 5 tahun, tapi engko duduk Malaysia, kena ikut la rules ye HAHAHA Alhamdulillah, pencarian nak masukkan Arsyad ke sekolah, tak semudah yang disangka HAHAHA Memang buntu la weiii nak sekolahkan dia kat mane.

Sebab Arsyad tak berapa friendly. Bukan sebab ape pun, dia memang duduk rumah dengan Syu, jadi dia tak biasa dengan orang luar sangat. Kalau bawak keluar pun, dia tak akan campur sangat dengan orang melainkan dengan orang yang dia selesa. Ataupun kalau pergi indoor playground. Kadang ada jugak la kawan yang dia boleh click. 

So, kitorg decide anto dia sekolah yang dekat dengan rumah aje laaa. Sebab ibu dia ni dah lama tak drive. 5 tahun ada lesen tapi PERAM! HAHAHAHA Renew je lesen tapi tak bawak kereta kahkahkah. So, disebabkan Arsyad dah mula sekolah, memang ibu kena belajar la drive semula. Cuak? Gila tidakkkkk, gigil ye drive! Adoi takpela, nanti lama-lama biasa la kot kannn.


Gituh, gigih tak? HAHAHAHA Kemain susah nak cari kasut dia. Sebab abi dia cerewet sikit. Kasut biar mahal janji anak selesa. Baguihhhh bapaknya ye. Uniform dia pinky winky weii. Alaaa comel betul. Beg itu dipilih sendiri oleh Arsyad, so botol air dia tu pun kitorg cari yang match laaa. Siapa yang nak sekolah ni? Anak ke maknye? HAHAHA


Yeee, nampak macam ready nak pergi sekolah kan? Ibunya lupa tuck in bajuuu sekolah tu HAHAHAH Teruk betuiii. Sampai sekolah ingatkan takde drama. Tipulaaaaa takde drama, kita dulu sekolah pun banyak drama kan? HAHAHA

Tu diaaa menyorok HAHA

Masa dah naik kelas, teacher dia cakap dah, lepas ni parents kena balik. Kitorg hantar la dia sampai atas. Eh drama lagiiii. Siap nangis melalak-lalak wei taknak kitorg tinggalkan dia HAHAHA Adoi. Lepas tu Principal dia naik, suruh kitorg keluar je, nanti dorang handle Arsyad. So, bila Principal dia dah ambik dia, kitorg cepat-cepat keluar kelas tu. Turun bawah & start enjin moto. Dengar weh suara anak aku nangis! HAHAHAHA Kelas dia kat atas, kitorg kat bawah boleh dengar! Betul kuat wei HAHAHA Adoi laaaaa.

Ni masa dah balik. Tengok la muka member tak puas hati ye HAHAHA Adoi laaaa. Kesian pun ada tapi nak buat macam mane. You have to go to school sayang. Its a learning process. Kitorg siap tanya teacher dia, lama ke dia nangis lepas kitorg tinggalkan dia tu. Teacher dia cakap kejap je. Bagi main plasticine dengan colouring, so dia diam dah. Tak nangis & dah boleh ikut aktiviti teacher buat. Alhamdulillah. Tapi hari kedua pun drama lagi HAHAHA Memang take time kann. Dalam sebulan jugak la Arsyad nak sesuaikan diri dengan rutin baru dia ni.

Masa ni main plasticine

Teacher buat aktiviti colouring

Alhamdulillah. Harapnya nanti dah bukak sekolah semula, takde la drama macam hari pertama sekolah! Jenuh nak layan weii! Lama sangat dah dorang ni cuti kan HAHAHA Waktu tidur pun dah kelaut dalammmmm. Aiyooooo. Okay korang, till later!

Salam sayang,


Thanks for reading , Leave your comment please :)

Wednesday, July 29, 2020

♥Malacca Part 2♥

The next day, kitorg lepas checkout tu kan, pergi la jalan-jalan sekitar Melaka. Tapi jalan dalam kereta je HAHAHHA Sebab panas terik plak, kesian anak-anak je. BFF kite pi Zoo Melaka dah. Kitorg head to Menara Taming Sari. Sampai sana memang tutup untuk penyelenggaraan. So, memang takde rezeki la nak naik Menara Taming Sari kalini, kena repeat lagi la kot nanti? HAHAHA

Kitorg singgah Arked Samudera tu sebab nak beli ole-ole sikit. Lepas dah beli belah kat situ, kitorg terus shoot ke Ayer Keroh untuk check in next hotel. Tak sabor nak check in situuu sebab tengok dalam website macam seronok sangat! HAHAHHA Tapi sebelum tu sempat laaa kitorg jalan-jalan cari makan sat HAHAHAH Try mende viral wei HAHAHA




Keria Limbongan makan time panas sodap yumyum. 
Coconut shake Klebang semua pun tau kann.



Amacam? Nampak menarik kan? HAHAHAH Memang best pun wei! Kitorg check in Ahad pun ramai jugak orang. Tapi bagi Syu emmang berbaloi la check in sini. Memang jauh sikit dari bandar tapi, korang dah tak payah susah nak pi waterpark dah. Pool untuk kids dah macam waterpark dah weii HAHAHAHA So, pergi sini aje lahh korang. Pool untuk adult pun ada jugak ye. So, jangan risau. Sama adil HAHAHAA




Kitorg ambik twin bed. Bilik selesa, sejukk yeeeee. Malam selimut sampai muka HAHAHAHA Oh ye, rasanya setiap bilik dia memang ada bath tub, so boleh la korang berendam sepuasnya ye! Ayah-ayah bawak anak-anak pi pool, kasi chance la mak-mak nak manjakan diri kat dalam bilik sat kannn. Ape salahnyaaaaa. Ape yang penting? Kerjasama HAHAHA Bilik luas & memang selesa, jangan risau la ye. 




💜💜💜💜

Paling seronok? Mesti la anak bujang tuuuu. Mula-mula takut, lepas tuuu dia ada turun satu slide tu, maybe air terpercik kat muka dia, lepas tu taknak dah naik semua slide. Adoiii. So, dia dok main slide kecik ni jelaaa ulang-ulang sebab yang tu je tak percik air kat muka HAHAHA Adoi laaa anak. Itu takpe lagi, adik dia lagi terukkkk. Langsung taknak lepas dengan abinya, nak berpaut jeeeee. Lepas tuuu dengan berdiri tu, dia buat gaya menyelam, kau ghase?? Adoi, tepuk dahi je ibu engko ni HAHAHA

Dah sudah berendam, marilah pulang ke bilikkk. Ye, lepas check in memang terus tukar baju & terjun kolam wei HAHAHAH Pool ni dia ada time bukak & tutup. Tak sure start dari Covid ni ke atau apeeee.

2 SESSION
8 am-12 noon
2 pm - 6pm

So, balik bilik & mandi-mandi sebab nak pergi makan. Mula-mula nak order je food panda tapi macam tak masuk pulakkk la. So, kite keluar la mencari makannn ah gitchuuuu. Anak-anak pun dah kelaparan setelah berendam dalam kolam. Alaaaa padahal mandi dalam sejam lebih je HAHAH Kitorg pergi makan kat Nasi Ayam Baba. Kawan recommend. Boleh laaaa, takde la tak sedap tapi boleh laa. Air limau asam boi dia sodap HAHAHA Syu bukan penggemar nasi ayam, so tak reti nak bagi rate HAHAHA Tapi, korang boleh try laaa kalau nakkkk. Dah alang-alang sampai kan. Lagipun tak jauh dari resort tu punnn.



Esok pagi pergi breakfast, lepas breakfast, bawak anak-anak pergi indoor playground pulak. Sebab semalam dah mandi pool kan & haritu nak check out dah. So kita light light jela, bawak pi indoor je sebab outdoor playground panaih lit lit, kesian anak-anak. So bila dah masuk dalam tu, kemain seronok ye dak Nuha. Nak nak lagi memang takde orang, haaaa heaven on earth katenya HAHAHA Main la korang sampai lebam. Memang banyak aktiviti yang boleh korang buat. Macam ATV, paintball, ape tah lagi tapi memang banyak & tak rugi punnnn datang situuu.

Outdoor Playground yang panaih lit lit

Indoor Playground

So, korang yang ada anak-anak, boleh la bawak pi sini. Memang best & berbaloi. In Syaa Allah ade rezeki lain, nak bawak lagi anak datang sini. Seronok tengok dorang enjoy & happy. Dah balik pun dok cakap-cakap lagi pasal resort ni. Nah korang layan gambar pool okay, confirm korang membuak-buak nak pergi sana cepat! HAHAHAHA







Till we meet again
AMVERTON HERITAGE RESORT MALACCA
💜💜💜💜
Salam Sayang,

Thanks for reading , Leave your comment please :)

Wednesday, July 22, 2020

Hangout with BFF ♥ ♥


Alhamdulillah. Sampai ke kampung BFF kiter, maksu dia masakkan asam podeh uii. Dapnyer. Biasa laa, Melaka kan memang terkenal dengan asam pedas. Mane-mane pun menu asam pedas, tinggal sedap dengan tak jer. KIHKIHKIH Alhamdulillah, rezeki kami laaaaa maksu bff kite ni masakkan, banyak pulak tuuu lauk. Kenyang kami. Thank you!♥  Lepas makan, bergerak la ke Bandar Melaka. Ye, dari Jasin ni, dah dekat dengan Muar tapi jauh sikit dari Bandar Melaka.

Plan asal nak ke Zoo Melaka, tapi terpaksa dibatalkan sebab HUJAN. Sampai zoo je ngam hujan turun. So, kitorg ke Bandar Melaka je la terus. Pergi Mahkota Parade, leypark leypark HAHAHA Mendung jeee cuaca harituu. Nak naik Menara Taming Sari pun tak kesampaian sebab ditutup untuk penyelengaraan. 


Ini lah BFF merangkap kembar birthday kite. Ye, birthday kami sama. Senang suami suami kami plan sekali je HAHAHA Sudahnya kita makan la kat Mcd, pegi Melaka pun cari Mcd ka? HAHAHAH Bagi anak-anak makan weii. Tu Arsyad dengan Fyrash kemain lagi main toys. Lepas makan, tak tau nak kemana sebab cuaca memang tak mengizinkan. Kesian anak-anak je. Kalau bujang, takde anak, memang redah jer hujan tu HAHAHA Jalan-jalan dalam mall kejap, kill time. Lepas tu kitorg ke Malacca River Cruise. Wehh, mahalnya lahaii tiket. Rasa macam tak berbaloi pulakk. Tapi disebabkan dah beratur, beli jelaaaaa.

Tiket Dewasa : RM25
Tiket Kanak-kanak : RM15 (bawah 2 tahun SHJ FREE)




Anak-anak suka, sebab lampu-lampu kiri kanan. Okay lahh kan, mak mak jelaaa bosan sebab biasa dah. Tapi demi anak-anak, kita layankan. Ha gitu lahh bila dah jadi mak mak kan. Anak jadi keutamaan, betul tak? Dah pusing cruise, kita bergambar pulak la kann sebagai kenang kenangan gituuhhh. Habis bergambar, kita naik beca pulak weiiii. Saje la bagi anak-anak merasa. Biar ada moment dorang kat Melaka ni kannn. Kemain seronok sebelum naik. Dah naik, macam patung plakk anak-anak den ni HAHAHA




Beca : RM25 

Jalan-jalan naik beca sekitar Melaka. Yang kelakar nya, masa nak naik bukit tu kena turunn. Ingatkan sorang kena turun, ehhh tak semua kena turun laaa HAHAHA Gelak-gelak je kitorg masa tuuu. Dah siap pusing, kitorg mintak dia drop kat Jonker Walk. Kengkonon nak jalan situ laaa sebab bff dok ngidam kot nak jalan situ HAHAHA

Sampai je situ, alahaii beratur. Beratur tu takpe, tapi ramai sangat! Takde social distancing! Takut la pulak kan. Dengan bawak anak-anak kecik lagi. So, kitorg pun cancel la plan nak masuk Jonker Walk. Sudahnya buntu nak kemana HAHAH Ending plan pi makan jee. Nak pi makan Parameswara tu jauh plak kitorg nak balik hotel nanti, so makan kat Wong Solo je. Ek eleh pegi Melaka makan WongSolo jugak HAHAHAHA Adoi lawak laaaa. After all, anak-anak having fun. 

Check in hotel biasa je sebab untuk tidur kan. Ingatkan dah sampai bilik, dah siap mandi semua, anak-anak tidur laaaa. EH tidak yeeeeee. Masih bermain, adehhh. Tak reti penat ke anak-anak HAHAHA Ibu surrender dulu laaa sebab penat sangat HAHAHA




Checkout awal dari Hotel Arrisa sebab nak pegi cari breakfast. Due to pandemic, Hotel Arrisa stop kan dulu buffet breakfast dorang. Kengkonon order foodpanda je, eh eh kena cancel la sebab ada menu yang dah habis HAHAHA So, checkout jela awal & pegi la engko cari makan sendiri. Kitorg pegi makan kat Nasi Lemak Warisan Bachang. Sebab tengok macam sedap. husband nak try nasi lemak hijau, tapi dah habisss. Makan lah dikau nasi lemak biasaaaaaa.


Lepas tuu kitorg gerak la jalan-jalan cari makann. Nanti Syu sambung next entry, kat mane kitorg stay untuk malam kedua! STAY TUNED tau korang!

 ♥ ♥ ♥

Salam sayang,


Thanks for reading , Leave your comment please :)