Followers

Wednesday, October 12, 2016

Trip to Puteri Harbour


1st trip untuk ibu selepas bersalin kan Arsyad :D && 1st trip untuk anak manja ibu abbi ni jugak! Macam macam perasaan ada untuk 1st trip kitorg as family ni! HEHE Excited, semua ada :D So, plan punya plan, finally the day has come! Ibu memang dah resign masa ni so memang takde masalah dengan cuti :P

So, abi decide kita gerak EARLY IN THE MORNING ! Seriously, memang early in the morning! Around 6am la kitorg gerak sebenarnya kot, dah lupa dah HAHAHA Anyway masa nak jalan tu, anak bujang still tidor tapi biasa lah baby, bila dah angkat confirm bangun! So, dah masukkan barang semua dalam kereta, tidor kan baby, dan teruskan perjalanan HEHE


Sampai around 3pm macam tu, then kitorg check in terus walaupun sampai memang dah lambat :D Oh ye, kitorg stay dekat Jen Hotel Puteri Harbour. Hotel dia memang nice giler! Puas hati saya bagi 5 bintang! Kehkehkeh :P So, mula mula dah sampai kita check in dulu lah kan, after dapat bilik, terus masuk bilik and simpan semua beg. Mak aih, banyak gila beg, maklum lahh 1st trip bersama anak. Kalau boleh, satu almari nak bawak HAHAHAHA


Jen Hotel Lobby Area


Arsyad senang hati dapat tidur atas katil empuk tu! HAHAHAHA Kemain tauuu. So, hari yang kitorg sampai ni takde kemana pun. Jalan area hotel je sebab sampai pun dah petang kan. Husband pun penat dah drive jauhhhh sebab dia je yang drive KEHKEHKEH :P

Kitorg jalan jalan sekitar swimming pool and sekitar area situlahhh. Haa, yang Hello Kitty Town tu kan, memang jalan kaki je dari hotel kitorg HAHAHAHA 5minit kalau jalan cepat, 10minit kalau jalan sopan santun KIHKIHKIH :P



So, ini lah swimming pool area. Saje melawat kawasan supaya nanti dah tau mane kawasan untuk berenang renang HAHA Yang paling teruja of course bukan ibu HAHAHA Abi dia lah tak sabor nak bawak Arsyad terjun tiruk dalam kolam tu! HAHAHA Tapi untuk hari pertama, kita melawat kawasan je la dulu ek HEHEHE

Seterusnyaaaa, kitorg pergi cari makan. Memang cari area situ je sebab abi dah penat nak drive HAHA So, mengembara lah kita mencari makanan KAHKAHKAH Banyak je kedai makan di sekitar kawasan hotel ni tapi biasa lah dah nama pun Puteri Harbour, makanan agak pricey okay. Sediakan ongkosnya! HAHA


So, ni lah dia Harbour View tu haaa. Ni ambil gambar dari bilik jer sebab ajak abi dia bergambar kat kapal kapal ni sebelum nak cari kedai makan, abi dia taknak. Ibu is pasrohhhhhhhh . Makanya, tengok dari jendela bilik saja lahh. Jadi lah labuuuuuu :P


So, peminat Hello Kitty ?? Kihkihkih Memang wajib lah buat peminat TEGAR Hello Kitty ke sini kalau datang Nusajaya ni ha. Apa yang menarik? Of course Hello Kitty Town lah kan which is ada macam macam barang Hello Kitty maybe? HIKHIK Kitorg mampu ambil gambar Cafe Hello Kitty ni jer. Sebab kalau nak masuk Hello Kitty Town tu macam tak berbaloi. Bukan macam tapi memang tak berbaloi sebab anak kitorg BOY HAHAHA Idok ler kan.

Selain Hello Kitty Town ni, ada jugak macam Thomas & Friends, Barney & Friends tu. Tapi kitorg decide untuk tak masuk jugakk sebab tak berbaloi kerana Arsyad baru je 5bulan, so kalau masuk pun takkan nak bergambar semata mata kan. Jadi kami tangguhkan dulu hasrat murni kami tu HAHAHA

Dah jalan jalan area tu, kitorg pun pergi cari makan. Lapar gila baq ang! Cari punya cari, end up kitorg makan kat Old Town jer HAHAHAHA Tu yang paling sedap la kot rasanya HAHAHA Lepas makan, balik hotel. Tapi ibu & Arsyad turun semula jumpa dengan mama Mala! Culik mama kejap waktu rehat dia HAHA


Lepak dengan mama Mala for a while dekat Starbucks. Haah, lepak je okay, mane ade order air. TAKDE ORDER AIR OKAY HAHAHAHAHA Buat muka selambaaa je tak order apape AHAHAHA Kitorg lepak je kat situ tak lama mane pun dalam setengah jam je lepas tu mama Mala masuk kerja balik HEHE


Sebelah malam nya untuk dinner, kitorg pergi jauh sikitttt. Kitorg pergi area Larkin. Sebab ape ? Sebab nak pergi rasa masakan kawan masa zaman belajar dulu!! Alhamdulillah, dah ada kedai sendiri dah. So, dah alang alang sampai JB, haruslah turun ke sana kan! Kalau tak sia sia jer laaaaaa. Ni yang Syu makan ni Fish & Chips. Gambar makanan tak sempat nk ambil sebab taksabor nak ngap! HAHAHA


Akashah! The owner of the restaurant! Tq for welcoming us to there! Makanan memang sangat sangat memuaskan hati! Dari zaman belajar lagi dah tau yang Kasha memang akan berjaya seperti sekarang. Tq jugak bagi hadiah untuk Arsyad! Tengok tu, Arsyad fokus dengan hadiah dia, tak pandang camera langsung HAHAHA So, guys! Syu suggest kalau korg turun JB, kalau dah sampai Dataran Larkin tu, singgah la kedai kawan Syu, Dijamin puas hati!!



53, Jalan Dataran Larkin 1, Dataran Larkin
Johor Bahru

Call 017-799 6870

Okay, tu alamat & no telefon. Mane la tau nak buat reservation ke kan :) Boleh lah call nombor yang tertera. Okay guys, tamat cerita untuk hari pertama di JB. Syu sambung next entry ye! Entry yang ni pun jenuh nak habiskan sebab dah ada si kecik ni kann HEHE Okay guys, till later!

Thanks for reading , Leave your comment please :)

Saturday, August 27, 2016

Baby E Baby Spa & Wellness Wangsa Walk Mall

Lama dahhh kitorg bawak Arsyad pergi baby spa ni. Masa tu dia baru around 4 months gitu. Ibu saje ajak abi, kengkonon rewards untuk Arsyad la sebab behave sebelum ibu resign :P Ibu dah resign from Shangri-La Hotel & sekarang Arsyad ialah BIG BOSS ibu :)


So, ini lah diaaaaaa. Takde besar mane punnn. Dia ada 3 kolam kecik ni which is untuk baby below 6months. Yang besorr tu pulak untuk baby up to 6 months. Kalau baby mommies dah besor, memang dorg bagi dok kolam besor tu haaa. Arsyad datang masa tu , kebetulan memang takde orang langsung! HAHAHA So, tkyah lah nak buat booking bagai. Tapi, abi dia ada call jugak. Takut takut ramai orang. Sekali kitorg sampai, takde orang langsung! HEHE


Masa ni tengah menunggu air kolam tu penuh HAHA Dia cakap kalau kita call buat booking, dia akan penuhkan air dalam kolam tu dulu. So, bila mommies & baby sampai, takyah lah nak menunggu lagi, dah boleh terjun terus! HEHE 

Arsyad dah lah baby boy, ade ke patot dia pegi penuhkan air dalam kolam PINK tu! Ibu pasrah jelaaaaaa. Arsyad pun pasrah jugak HAHAHA Sabar je lah nakk. Oh btw, jangan risau, untuk kolam kecik memang dorg akan letak warm water. Lepas tu, suhu air tu ikut kesesuaian anak anak mommies. Dia akan bagi mommy test dulu okay ke tak suhu air tu dengan baby mommy, then baru proceed untuk baby terjun! HEHE


Arsyad tengah bersantai dengan abi dia :P


bosan lah asyik selfie je, main kat sini la pulak :D


Ni lahh kolam besorrr tu. Untuk baby above 6 months. Kalau takde orang, mungkin bole consider la untuk baby mommy terjun dalam tu :P Sebab haritu Arsyad macam gayat je. Suruh paddle taknak paddle. Kalau tak, dapat dah merasa dalam kolam besor tu :D


Okay, Arsyad dah ready nak terjun! HAHAHA Padahal, dia punya menjerit bukan main lagi. Pegang tangan ibu kuat gilaaaaaa! Mula mula letak dia, memang dia taknak langsung dok dalam tu HAHAA Asyik nak suruh kita angkat dia je. Tapi, ibu pegang je laa tangan dia. Then kakak ni ajar dia, paddle paddle kick kick kick :D Tapi kaki Arsyad keras nau nau! HAHAHA Dia keraskan kaki dia. Adoi laa anak. Mungkin tak biasa lagi kan.


gitu je la ghope kaki Arsyad :D




Mula mula dia akan bagi pakai neck float. Lepas 15 minit, tukar pelampung biasa ni ha. Tapi, disebabkan pelampung ni agak besorr, akak tu dok sumbat bola bola tu kat dalam pelampung tu ha HAHAHA Arsyad redhoooo.

Masa pakai neck float, Arsyad macam tak selesa. Taktau la kenapa. Nak kate ketat tak jugak. Mungkin dia pelik kot ada benda kat leher dia HAHAHA Dia tak lepas tangan langsung. Tangan dia dok pegang pemegang yang ada kat neck float tu . Alahai, sabor je la HAHA Kalau lepas pun sekejap je, tu pun sebab nak pegang tangan ibu HAHAH Adoi la anakkkk.



Dah settle mandi, staff akan siapkan baby mommies. Cuma bagi kelengkapan je. Kalau mommies ada ambil pakej urut, dia akan urut lepas baby habis mandi. Kitorg tak ambil pakej urut sebab takut Arsyad mengamok sakan HAHA Dia memang cukup tak suka kena urut. Masa dalam pantang kena urut dengan Buyut pun, menangis sakan katekoooooo.

Oh ye, sebelum terlupa. Sebelum nak bagi baby mommies terjun tiruk dalam kolam tu, make sure dia dah menyusu secukupnyaaaaaaa. So, kalau boleh sebelum datang situ ke atau sementara nak tunggu air penuh tu, bagi susu kat anak dulu. So, bila dia dalam kolam, takde la meronta ronta nak susu :P

So haritu kitorg cuma bayar around RM38 kot sebab ambil swimming je. Ada pakej swimming & massage , RM76. Kalau rumah dekat, boleh la jadi ahli. Kalau pergi banyak kali. lagi murah. So, mommies yang berminat, boleh la ajak ayahnyaaaa bawak anak mandi manda disini HEHE

Thanks for reading , Leave your comment please :)

Saturday, August 20, 2016

Kenduri Akikah

Kenduri Akikah anak bujang kami sudah pun kami buat masa 39 hari Syu berpantang. Kenapa buat cepat sangat? Hmmm, FIL yang suruh buat terus HEHE Kita ikut jelaaa :P Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Yang takbest ialah, Syu takdapat makan segala makanan yang adooo kat situ sebab masih dalam pantang :( Dah la macam macam ada. Sate lah, ayam goreng, air honey dew. Ya ampunnnnnnn, memang menduga betul. Sabor jelaaaaaaaa.



Pelamin yang indah lagi comel ni Syu ambil dari Kak Ina, Jejari Touch's . Masa Majlis Bertandang pun kitorg ambil dengan Kak Ina ni. Memang puas hati dengan servis Kak Ina ni. Tak percaya ? Cuba dulu baru tahuuuu KIHKIHKIH :P Puas hati & berbaloi dengan harga. Gerenti puas hati :D

Masa dorang pasang pelamin ni, husband jela yang turun tengok & tunggu sampai dorang siap pasang pelamin. Syu? Memang idok ler kemana mana. Dalam pantang kan. Tunggu & lihat aje lah yang mampu :D Persiapan kenduri ni pun semuanyaaa my Family In Law (FIL) yang uruskan. Syu memang tak mampu nak buat apeape pun sebab masih dalam pantang. 





Ni lah dia anak manja Ibu & Abi :) Muhammad Arsyad Nashiruddin. Nama yang dipilih oleh ustaz. Arsyad tu je yang ibu tambah sebab ibu minat dengan nama Arsyad & maksud nama Arsyad tu which is Yang Sangat Cerdik :D

Masa akikah ni berlangsung, anak bujang ibu ni tak berapa nak sihat. Demam & batuk sikit. Kebetulan sehari sebelum majlis, demam dia dah kebah. Alhamdulillah. Esoknya sblm majlis, dia muntah berkahak. Masa tu lega sikit Syu rasa sebab at least dia dah muntah & keluarkan kahak. so batuk dia reduce sikit la than before. Tapi, biasa lah baby kan, sakit tak mampu nak bagitau, cuma boleh nangis je. So, dia memang agak meragam sepanjang majlis. Susu pun taknak guna botol, nak Direct Feeding (DF) je, ibu pasrahhh :D





Ni diantara saudara & kenalan rapat yang hadir masa kenduri akikah anak kesayangan kita ni HEHE Memamg tak jemput kawan kawan sangat sebab masa ni pun dalam pantang kan, nak edar kad jemputan pun tksempat. So, kita jemput mane yang sempat je la :P

FIL jemput ramai orang. Dewan tu memang penuh gilaaaaa dengan orang ramai :D Masa masuk dalam dewan tu, macam tak percaya ramai sangat tetamu yang hadir. Kenduri akikah tapi macam kenduri kahwin :P Alhamdulillah, ramai tetamu yang datang, terima kasih pada yang datang HIHI




Biasa lahhh kalau dah ada majlis penting, mesti nak ada gambar yang cantik cantik ye dok? :P Ibu tak buat New Born Photoshoot untuk Arsyad sebab takde bajet yang banyak HIHI So, ibu ambil photographer untuk majlis akikah jelaaaaa. InShaaAllah, kalau ada rezeki lebih nanti, kita ambil New Born Photoshoot masa Arsyad ada adik nanti eh HAHAHAHA (tah bilaaa la Arsyad nak ada adik ni)





Ini antara FIL sayaaaa. Tak semua ada dalam gambar sebab kakak kakak ipar kuu busy dengan majlis anakku ini :D Terima kasih yang tak terhingga buat seluruh keluarga mertua kuuu sebab dah bertungkus lumus untuk majlis akikah anak tersayang kitaaaaa.

Terima kasih mak & bapak sebab dah curahkan seluruh tenaga untuk majlis ni. Kakak & abang iparku semuaaaaaaaa yang dah turut curah segalaaaa tenaga untuk majlis akikah Arsyad ni HEHE Macam macam makanan adaaaaaaaaaa. Terima kasih family kuh! HEHE

Okay lah, dah tak tau nak cerita ape dah sebenarnya HAHA So, tatap lahh gambar kami anak beranak :P





Muhammad Arsyad Nashiruddin
39 Days 


P/S : Semua photo yang cantik cantik ni daripada abam photographer yang sangat sporting!

Thanks for reading , Leave your comment please :)

Friday, August 19, 2016

Thank you :)

Thank you kat kawan kawan ibu & abi bagi hadiah yang banyakkkkk sekali kat Arsyad HEHE Sampai tak terguna :P 



Dua hadiah ni dapat masa ibu kat hospital lagi. Yang atas tu dapat masa ibu & Arsyad kat wad pediatrik HKL masa Arsyad jaundice. Kebetulan masa tu dah tak lama je nak Krismas kan, so ada lahh visitor minah saleh datang bagi hadiah kat ibu ibu yang ada kat wad tu HEHE Yang kedua tu dapat masa ibu kelua labour room. Keluar labour room 6am tu lah, nurse letak 3 bag dekat stretcher. 


Hadiah paling best yang Arsyad dapat! HEHE Maxi-Cosi from Aunt Sarina & Uncle Adam. Tq sebab belikan Arsyad hadiah paling best ni! KIHKIHKIH Tengok laaaa, selesooo je Arsyad tidooo dalam tu. Kat rumah ibu buat as rocker. Senang, 2 in 1. Bole jadi car seat, bole jadi rocker. Masa ni Arsyad dalam 2months gituu.


Drypers hamper from kawan department abi. Tq uncles & aunties!


Hamper dari kakak iparkuu , tq kak :*


Hamper belah kiri kawan ibu bagi, hamper belah kanan, kakak ipar kuuuuu :P


Hamper Pureen dari Aunt Dian, yang Baby Gift Set tu dari company ibu & abi :D


Tq aunt Itah & bik Enon :P


Tq aunt Mira :*


Tq uncle Wan & uncle Nas :P


Tq Aunt Ana :)


Tq uncle Zahir :D


More presents for Arsyad! Ni semua dapat masa kenduri akikah Arsyad. Tq aunties & unlces semuaa untuk hadiah ni. Semua Arsyad dah guna dahhhhhh kecuali yang set set mandi tu :P Sebab banyaaaaaaakkkk sangat sangat sampai tak terpakai KIHKIHKIH 

Thanks for reading , Leave your comment please :)