Followers

Thursday, January 14, 2016

Baby Jaundice


Alhamdulillah, since Syu & baby dah keluar dari hospital, tak putus putus kawan kawan semua datang melawat Syu & baby :) Terima kasih ye semua. Oh btw, Syu & baby admitted haritu selama 3hari di Wad Pediatrik HKL di wad KK8. Reason admitted is baby jaundice. Syu keluar dari Wad Bersalin hari yang sama Syu bersalin. Besoknya pergi klinik untuk inform kelahiran & check jaundice baby. Masa tu okay lagi, but the next day kena refer ke Emergency HKL & jaundice baby tinggi so kena addmitted.

Dah lah menunggu lama dekat klinik tu sebab tak boleh balik. Kena tunggu 4 JAM untuk tahu keputusan darah baby. Lepas dah confirm baby kena masuk wad, Syu dah menangis nangis dah sebab ingatkan baby kena tinggal :P rupanya kita sekali kena duduk wad la HAHAHA Husband pergi settle urusan kemasukkan wad then pergi balik klinik tadi. Kena tunggu ambulans untuk ke Wad Pediatrik tu. 

Dah lah lama menunggu, sekali orang yang nak bawak kitorg ke wad tu sampai dah & kebetulan pulak masa tu baby menangis & Syu BF baby kejap. Bila pusing, tengok abang tu hilang dah. Nak kejar pun tak sempat. Rupanya dia dah bawak salah orang. Sebabnya? NAMA SAMA! Haritu masa bersalin pun ada nama yang sama. Ini pun ada nama yang sama jugak. Famous jugak nama Nur Syuhada ni HAHAHAHA

Kelakar memang kelakar. Tapi husband masa tu memang dah nak mengamok dah. Dah lah kena tunggu 4 JAM kat situ, nak balik takboleh walaupun rumah kitorg taksampai 20min pun dari hospital. Tambah pulak salah nama lagi, Syu pulak dalam pantang 3 HARI. Luka jahit tu sakit gila okay sebab duduk lama sangat. Husband pergi jumpa doktor, cakap yang biar kitorg pergi sendiri je wad tu. Dia cakap takbole sebab nak handover. Husband dah mengamok kat situ, end up doktor tu panggil Syu & husband masuk kat salah satu bilik rawatan yang tak digunakan. Tujuan, untuk Syu rehatkan diri. Tapi, masalahnya katil tu tinggi sangat, Syu dah lah rendah orangnya, memang tak duduk pun atas katil tu, berdiri je sampai la abang yang bawak kitorg ke wad sepatutnya tu datang semula.

Dan akhirnya, kitorg dibawa ke Wad Pediatrik. Sampai je kat wad tu, bertentang mata la dengan orang yang dah disalah bawak tu. Lepas tu, nurse nak settle kan baby Syu pulak. Dia ambil borang tu & sebut nama lain pulak. Aduhhh. "Okay, baby NurHidayatul ke?" Kitorg berdua tercengang habis kat situ. "Eh bukan la, saya Nur Syuhada," "oh ni yang salah orang tadi tu kan? I tanya dia ni baby siapa, dia cakap ni baby NurHidayatul dah ada kat sini dah." Kitorg mampu gelak je. Bila tengok abang tu, dia punya fizikal macam OKU. Maafkan aje lah dia, mungkin dia dah penat sangat kot HIHI


Finally, dah dapat katil & dah letak baby dalam cot, husband balik rumah ambil keperluan yang perlu untuk Syu sepanjang kat wad. Kat Wad Pediatrik ni, cuma IBU & BAPA kanak kanak je dibenarkan masuk. Orang lain TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Malam pertama kitorg dekat wad, memang Syu TAKBOLEH TIDUR LANGSUNG, sebab baby asyik nangis. Nak bagi susu pun masa tu breast bengkak & susu tak keluar sangat. Letak je dalam baby cot, confirm nangis. Sampai Syu kena pegang tangan dia & Syu sendiri tertidur atas baby cot tu HAHAHAHA

Nurse datang & kejutkan Syu, "puan, kenapa tidur kat sini puan?" Syu cakap la, "baby asyik nangis la nurse, saya takbole lepaskan tangan dia, nanti mesti dia nangis," Nurse tu pulak cakap, "mungkin baby tak kenyang sebab susu tak cukup kot puan, saya bagi susu formula ye puan, biar dia boleh tidur sebab pagi nanti nak ambil darah lagi," Maka, dengan muka pasrah, Syu iyekan aje. Bila dekat wad ni, hati ibu ibu kena kental & kuat. Sebab bila kita dengar anak kita menangis, kita dengan secara automatik pun akan menangis, itu yang jadi dekat Syu bila baby menangis masa kena cucuk untuk ambil darah dia. 

Keesokkan harinya, pagi lagi nurse dah kejut ibu ibu  untuk mandi kan baby. Haaaa Syu dah lah takde pengalaman langsung mandi kan baby! Masa tu panik ade, sebab takut la kan kena marah ke ape kan HAHAHA At last, Syu cakap je dengan nurse tu yang Syu taktau nak mandi kan baby. Nurse tu mandi kan baby Syu & at the same time dia ajar Syu cara yang betul untuk pegang baby masa nak mandi kan dia. 

Selesai mandi kan baby, kena timbang berat baby lepas tu baru boleh bawak baby pergi katil. So, disebabkan baby Syu kena duduk bawah lampu biru tu, cuma boleh pakai kan pampers, mitten & booties je. Kesian baby. Dah lah wad ber-air-cond, kesejukkan baby :( tapi mummy memang takbole nak buat ape, sebabnya kalau dipakai kan baby baju, lampu tu kiranya macam takde fungsi la. Fungsi lampu tu adalah untuk menurunkan kuning baby. Baby Syu dapat lampu yang agak tinggi sebab kuning baby quite high. Nak turunkan kuning cepat, doktor suruh bagi baby lampu yang tinggi sikit.

So, duduk la kitorg berdua dalam wad tu selama 3hari. Husband datang pagi & stay situ sampai 10malam. Tolong jaga baby while Syu pergi buat ape yang patut HAHAHA Nak mandi, kena tunggu husband datang sebab baby Syu takbole nak tinggal, dia tau je ibu dia takde kat situ HUHU 

Ada hikmah jugak Syu duduk hospital ni selama 3 hari. Macam macam Syu belajar. Belajar cara nak mandi kan baby dengan betul. Posisi yang betul untuk susukan baby. Belajar cara nak bedung baby dengan kemas. Belajar pam susu badan guna breastpump hospital. Brand Madela ngkoooo HAHAHAHA Seronok betul sebab suction dia smooth je. Rasa macam baby menyusu. Tetiba terasa nak beli brand tu pulak kan HAHA

So, setelah 3 hari kat hospital, akhirnya bacaan jaundice baby dah turun. Bukan main seronok lagi bila doktor cakap dah boleh balik! HAHA Happy nau nau. Tapi, kena check up jugak kat KKIA untuk pastikan jaundice baby terus turun & tak naik lagi. Kalau naik lagi, berjumpa lagi la Wad Pediatrik tu. Sebabnya, Syu & husband darah kumpulan O. Bila google, memang banyak yang cakap, parents darah O, risiko untuk anak kena jaundice adalah tinggi. Penawar jaundice ialah susu ibu. Maka, ibu ibu yang anak kena jaundice tu, kerap lah breastfeed anak ye HIHI

Okay, till next entry :) bila dah ada anak ni, memang bercerita pasal anak je la kan HIHI

Thanks for reading , Leave your comment please :)

Friday, January 8, 2016

Pengalaman Bersalin

Lamanya tak update blog! Sebabnya Syu dah selamat bersalin tempoh hari, alhamdulillah :) Bersalin awal dari tarikh yang diberi. Memang tak sangka akan bersalin seawal ni, tapi apa pun, Syu bersyukur sebab semuanya dah selamat. Syu & baby pun sihat & selamat :) So, jom laa baca pengalaman bersalin Syu. Setiap orang pengalaman lain lain :)

Syu bersalin 10 Disember 2015 which is on 38 weeks & 1day of pregnancy. Due date yang diberi ialah pada 22 Disember 2015. Haa nampak tak betapa awalnya baby nak keluar. Tak sabar nak jumpa ibu & abi dia :P

9 Disember 2015, 2 pagi ;
- Syu tiba tiba rasa sakit perut, so bangun la macam biasa dan pegi tandas. Ingatkan sakit perut biasa je. Masa ni pun tkde tanda tanda sangat lagi kecuali ada darah sikit. Tapi sangat minimum & Syu takde expect apa apa pun. Lepas pegi tandas, masuk bilik & tidur semula.

9 Disember 2015, 5 pagi ;
- Masih sakit perut. Kali ni sakit sangat, ingatkan nak cherry berry la kan. Sebab malam sebelum tu, Syu makan Spicy Chicken McDeluxe Mcd, so Syu assume sakit perut sebab makan burger tu la kan. Tapi, tiba tiba ada bloody spot! Keluar lendir bercampur darah. Dan ini memang adalah tanda yang Syu bakal bersalin taklama lagi.

9 Disember 2015, 7 pagi ;
- Masa dah ada blood spot tu, Syu terus kejut husband & bagitau dia ada keluar lendir bercampur darah tu. So, kitorg mandi mandi dan siap siap bawak beg terus pegi Hospital Ampang. Dalam kereta memang dah sakit dahh masa tu. Tapi,  Syu cuma bayangkan itu ialah FALSE CONTRACTION :P Sebab Syu baru 38weeks masa tu.

Sampai je kat hospital, terus bagi buku merah & husband pegi buat pendaftaran. Diorang suruh Syu tukar pakai kain pink yang dekat situ. Then dah siap salin, Syu kena masuk kat bahagian bilik pemeriksaan tu untuk check ada bukaan dah ke belum. So, finally memang dah ada bukaan tapi cuma 1cm. Biasanya kalau 1st baby, bukaan 1cm ni akan ambil masa yang lama. Kadang sampai seminggu pun ada jugak.

9 Disember 2015, 9 pagi ;
- Dah selesai check semua, doktor terus discharged kan Syu. Sebab kalau nak admit pun memang takde katil katenya, cuma ada stretcher je. Takkan lah dah sakit macam tu nak duduk atas stretcher je kan. So, Syu & husband pun pulang ke rumah.

9 Disember 2015, 10 pagi ;
- Sampai je rumah, kitorg pergi makan roti canai kat bawah. Lepas makan baru naik rumah. Masa tu dah ada contraction. Syu pergi minum MILO + MAJERIN untuk cepatkan bukaan la kononnya HAHAHA Lepas tu, amek kauuu sakit tak ingat punya! Layan laaa contraction kat rumah dengan husband & umie Syu. Berjalan satu rumah, buat simple exercise. Husband terpaksa amek EL takut la kalau tiba tiba Syu memang nak bersalin dah kan.

9 Disember 2015,  2 petang ;
- Masa ni dah sakit sangat dah & husband ajak pergi hospital semula. Maka, ke Hospital Ampang lagi la kitorg, husband sebenarnya memang nak anaknya lahir di Selangor, sebab tu kitorg pilih untuk ke Hospital Ampang instead of HKL.

Sampai je sana, sama jugak tukar kain & masuk bilik pemeriksaan tu. Buat CTG scan & check bukaan. Bila check bukaan masih lagi 1cm. Dorang dah tau Syu ada datang pagi tadi. Lepas tu, ada pulak sorang nurse ni, dia cakap "awak ni tak tahan sakit ke? Bukaan baru 1cm, lambat lagi". Masa tu memang ada rasa nak lempang dia. Ape dia ingat kita ni sakit biasa biasa aje ke HUH. Lepas check semua, kitorg balik semula. Pasrah je la ulang alik sebab dorang memang takde katil. Kalau dah betul nak bersalin baru boleh admit!

9 Disember 2015, 5 petang ;
- Bila dah balik semula kat rumah, masa ni lah dah start CONTRACTION. Tapi, Syu layan jelaa dulu sebab terkenangkan nurse tadi tu cakap Syu ni tak tahan sakit. So, nak hilangkan sakit, cuba la bawak tidur, baca Al-Quran. Tapi, memang sakit sangat sampai nak makan pun dah taknak dah.

Dan tiba tiba sakit yang kuat sangat datang. Syu meraung satu rumah sebab sakit sangat sangat. Finally, umie ajak pergi HKL je sebab dia tengok Syu meraung melalak macam tu, dia risau. Maka dengan itu, terkubur lah harapan nak bersalin kat Hospital Ampang HAHAHAHA Masa dah otw nak ke HKL tu, masa tu jugak polis tahan kereta dekat arah kitorg yang nak ke KL ni untuk bagi laluan orang balik kerja. Nasib baik kitorg depan sekali & husband terus cakap kat abang polis tu, "bang, isteri saya nak bersalin dah ni, saya nak jalan dulu boleh tak bang?" Terus abang polis tu cakap kat walkie talkie dia "batal batal. Ada kecemasan!" Memang tak sangka akan berdepan dengan situasi yang ni HAHAHAHA

9 Disember 2015, 7.30 petang ;
- Sampai je HKL, husband pergi buat pendaftaran & Syu duduk dalam tu menjawab soalan soalan lazim daripada nurse tu. Lepas dah jawab soalan bagai bagai tu, kena tunggu doctor untuk check bukaan. Dah check jantung baby ape semua dan semuanya okay. Sementara tunggu doktor sampai tu, memang sempat la Syu mengerang kesakitan atas katil tu. Doktor check bukaan dah 3cm. Tunggu lagi doktor lain untuk ape tah. Dah lupa HAHA Sementara tunggu tu, Syu ditinggalkan sendirian atas katil tu & dorang uruskan patient lain. Masa tu sakit laaa, sampai nurse tu datang. Dia tanya, "awak sakit sangat ke puan? Saya check bukaan puan ye." Bila check, still 3cm. Bila dah selesai semua, Syu dibawa ke wad terus. Memang admit terus lah kan sebab dah 3cm.

9 Disember 2015, 9 malam ;
- Sampai je kat wad, dorang check lagi bukaan sebab Syu macam sakit sangat & terus bagi ubat untuk buang air besar. Nurse tu tolong besarkan sikit bukaan Syu sebab katanya dinding rahim Syu tu dah nipis dah. Lepas dah selesai membuang, Syu pergi kat katil Syu. Masa tu doktor datang nak ambil darah & masa tu jugak contraction datang sampai Syu suruh doktor tu tunggu kejap bagi hilang contraction then baru ambil darah HAHAHAHA

- Selesai je ambil darah, konon konon nak cuba tidur la kan. Ye la penat dari pagi kan. Tapi, memang takboleh nak tidur langsung! Sakit nya Ya Allah, Dia saje yang tau. Syu sampai tumbuk tumbuk dinding kat tepi katil tu HAHAHAHA Nurse nampak & dia cakap kat doktor, "macam strong contraction je doktor, nak check bukaan tak?" So, seluk lagi untuk check bukaan, dah lah sakit, lepas tu nak check bukaan lah, dengan mesin ctg tu lagi. Aduhai. Pasrah je. Lepas dah check, bukaan dah 4cm & doktor terus suruh tolak LABOUR ROOM! Padahal masa tu taksampai 20minit pun Syu atas katil tu HAHAHAHA

9 Disember 2015, 10 malam ;
- Dah lah tengah menahan sakit contraction, kena tukar katil plak. Nak tukar ke stretcher pun sakit yang amat. Nurse tu pulak suruh cepat cepat sebab kebetulan masa turun katil tu, air ketuban Syu dah pecah. Nurse tu baik tapi tegas, dia cakap "awak kena cepat puan, takboleh macam ni puan," aduhhh kalau tak sakit, dengan sekelip mata je boleh tukar.

- Lepas dah tukar katil and so on, Syu ditolak ke Labour Room. Husband boleh masuk selepas 30minit Syu masuk. Nurse semua siapkan ape yang patut dekat Syu, lepas tu baru lah dia panggil husband masuk. Masa husband masuk tu, nurse tanya, "puan Nur Syuhada, ni betul tak suami puan?". Dah lah tengah sakit, mampu angguk kepala je HAHAHA

9 Disember 2015, 12 tengah malam ;
- Contraction dah start since dalam wad lagi. Tapi, cuba menahan la kan sebab doktor cakap, "puan jangan teran lagi ye sebab bukaan baru 4cm, nanti bengkak". Okay, cuba la tahan daripada nak meneran tu. Tapi masalahnya, takboleh! Rasa nak meneran tu memang datang sendiri.

- Contraction demi contraction. Sakitnya memang MAHA AGUNG. TAK TERKATA SAKITNYA. Bila contraction stop, Syu cuba lelap mata sekejap sebab memang penat menahan sakit. Tapi, tak sampai 5minit lelap mata, contraction datang lagi :( Tangan kanan kan dah ada jarum & dah drip air kot rasanya, tapi masa tu memang tak ingat ada jarum kat tangan kanan tu. Setiap kali contraction, Syu akan pegang / genggam segala benda yang ada dekat dengan Syu. Tangan husband pun sampai lebam lebam Syu gigit HAHAHA Jangan kata tangan husband je, tangan Syu sendiri lebam jugak okay sebab genggam tangan sendiri masa sakit tu.

- Contraction masa tu 5 minit sekali. Memang Syu ingat sebab jam ada atas kepala HAHAHA Setiap kali contraction, setiap kali tu la mata pandang jam. Dalam labour room tu, memang meroyan habis lahh kan. Sebab sakit yang teramat. Nurse tengok macam terlampau sakit je, dia pun tanya, "awak sakit sangat ke? Nak ubat tahan sakit tak?" Lembut je dia tanya, tapi Syu cakap taknak. Memang dari awal dah cakap dengan husband yang Syu taknak ambil sebarang ubat or suntikan apa apa lah. Tapi, disebabkan sakit, Syu sampai cakap dengan husband, "bie, ceazer jelaaa, sakit sangat ni," sambil menangis nangis. Alhamdulillah, husband memang penguat semangat Syu. Dia cakap tahan & sabar sikit. Dia ingatkan Syu balik apa yang Syu dah pesan kat dia. Lepas tu, nurse offer gas untuk kurangkan sakit tu. Memang dia dah letak atas kepala dah. Tapi, Syu tak ambil pun. Alhamdulillah, Syu langsung takde ambil ubat tahan sakit mahupun gas tu. Sebab dah sakit sangat, ape benda pun dah taknak HAHAHA

10 Disember 2015, 1 pagi ;
- Alhamdulillah jugak semuanya dipermudahkan. Sepanjang contraction tu, air ketuban tak berhenti keluar. Bukaan pun tak ambil masa yang lama. Jam 1pagi ni bukaan dah hampir 9cm. Orang kata kalau anak sulung ni, lambat nak bersalin, bukaan pun lambat terbuka. Tapi, Syu dalam masa 20jam dah bersalin. Takde lah sampai seminggu dengan bukaan 1cm tu HIHI Dalam labour room pun tak lama sangat, 3 jam lebih je. Tapi, melalak lalak, meroyan dalam labour room tu takyah cakap la kan. Sampai nurse tu cakap jangan jerit jerit nanti takde tenaga masa nak push HAHAHA

- Masa dah sampai masa untuk push baby keluar, nurse cakap, "puan, sedia untuk teran ye puan." Masa dia cakap macam ni, Syu memang fokus untuk push baby keluar je. Memang takde la jerit meroyan macam sakit contraction tadi HAHA Masa teran yang pertama tu, dengar laa bunyi koyak yang telah digunting oleh nurse itu tadi. Sakit? Taktau la nak cakap sebab sakit dia dah macam sama je dengan sakit contraction, so dah tak peduli dah HAHA :P

- Masa dah push tu, cuma ada 2 orang nurse dan husband je kat dalam bilik. Dengar jugak nurse cakap, "dia pandai teran," "teran lagi puan, bagus puan, teran lagi," Bila orang cakap macam tu, semangat kita ada, macam bagi galakkan untuk kita buat dengan lebih baik. Bila kepala baby dah nampak, nurse tu cari doktor, "doktor ooo doktor, kepala baby dah nampak ni doktor!" HAHAHA Rasa kelakar masa tu tapi memang taklarat nak gelak sebab tengah nak push kan. Doktor datang je, dia terus cakap, "puan, sekali push je okay puan, kepala baby dah keluar ni. Sekarang sekali push je lagi ye puan," Masa tu, kumpul tenaga walaupun pinggang masa tu rasa macam tunggu nak dipatahkan je. Akhirnya, push yang ketiga, baby pun keluar. Tepat jam 1.31 pagi, Syu selamat melahirkan baby boy :)

- Keluar je baby, maka dengan itu hilang lah semua sakit sakit tadi. Memang hilang habis rasa sakit tu. Keluar je baby, dah potong tali pusat, baby terus nangis. Masa tu, perasaan kita hanya Allah je tau. Lepas dah potong tali pusat, nurse tunjuk kat Syu & suruh sahkan jantina baby. Lepas tu, nurse terus letak baby kat dada Syu. Skin-to-skin contact. Masa tu jugak Syu menangis & tak putus putus ucap terima kasih dekat nurse yang baik tu. Dalam 10 minit macam tu, nurse ambil baby untuk bersihkan & buat ape yang patut. Masa ni jugak Syu dah dibius untuk jahit balik yang dikoyakkan tadi.

- Nurse cakap dekat husband, "kuat semangat isteri awak ni. Ubat tahan sakit, gas semua tak ambil. Bagus isteri awak, kuat semangat dia," Masa ni nak senyum ke ape ke takde dah sebab memang dah penat sangat sangat HAHAHA Masa nurse tu jahit pun, Syu dah mamai sangat & tak sedar sangat pun tengah jahit. Bila tanya nurse dah siap jahit ke belum, dia cakap lama dah siap, tak sedar ehhh. Lepas tu dia senyum. Dia cakap, dia tau memang penat.

10 Disember 2015, 3 pagi ;
- Masa ni nurse datang bawak baby untuk ajar cara macam mane nak susu kan baby. Dengan keadaan yang terbaring tu jugak nurse ajar. Tapi masa tu, baby Syu tidurrrr HAHAHAHA Dah kacau macam mane pun tetap tidur. Tapi dalam 5 pagi macam tu, baby menangis kuat gilaa. Masa tu macam panik jugak tapi buat buat tak panik HAHAHA Cuba bagi baby susu badan. Nasib baik okay HAHAHA Sebab husband masa tu dah pergi tidur dalam kereta lepas selesai sesi bergambar, penat katanya. Dalam 6 pagi baru lah Syu & baby naik ke wad. Bukan main lama lagi dalam labour room tu HAHAHA

10 Disember 2015, 6.30 pagi ;
- Jadi, dah selesai urusan kemasukan wad, Syu pun ditolak ke wad MH3B. Sampai je wad, nurse terus check tagging Syu dengan baby. Katanya, nama Nur Syuhada ada 3orang termasuk lah Syu. So, kena make sure tu betul baby Syu, takut tertukar baby pulak HAHAHA Dan kebetulan pulak, salah seorang tu, katil dia depan Syu je! HAHAHAHA Tapi, baby girl.

Jadi, tu lah cerita 20 jam ++ pengalaman bersalin Syu. Bukan main panjang lagi cerita HAHAHAHA Pengalaman bersalin semua orang tak sama. Semua pengalaman lain lain. Jadi, ini lah pengalaman Syu. Pengalaman yang paling paling berharga dalam hidup Syu & takkan dapat Syu lupakan sampai bila bila :) Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Semoga urusan kawan kawan yang bakal bersalin jugak dipermudahkan. Amin. Okay lah, nanti kita cerita lain pulak! Till later :)

**takde warna warna sebab update blog via iPad. Laptop rosak, takboleh bukak ;(



Thanks for reading , Leave your comment please :)