Followers

Thursday, June 4, 2020

Hatyai, Thailand♥ ♥


Assalamualaikum. Hai korang, mari lah kita throwback sajur memandangkan pada tahun 2020 buku merah ni memang tak lakuuu adeh. This is the very 1st trip we're going by bus. Hatyai sajur, so merasa la naik bas pi obersea HAHAHA Nak naik flight macam banyak pulak bajet nak kena keluarkan. Since kitorg pun memang nak travel bajet je, so kitorg pilih untuk naik bas!

Maka bermula la sesi mencari & memilih ikut bajet. So untuk bas, kitorg decide ambik Suasana Tony Coach. Fuh selesoooo baq ang. Untuk 1 way trip, RM60 sajur. Kitorg ambik trip malam, 10.30pm. Naik bas di TBS. So pukul 8pm kitorg dah ada kat sana dah KAHKAHKAH. Kitorg park je kat TBS tu & bayaran parking untuk 4 hari tu takde la mahal sangat. Tak sampai RM50 kot, lupa dahhh.


Memang best lah TBS, luas & selesa. Sejuk sampai anak bujang tido awal yeee. Tak naik bas lagi dia dah tidoooo. Alahaiii. So, bas kitorg ni ada sediakan selimut & air mineral. Bantal memang kitorg bawak sendiri untuk keselesaan anak-anak. Dia takde sediakan bantal tauuu. Perjalanan selama 10 jam, alhamdulillah. Anak takde meragam, memang tidoooo je. Selesa pulak tu tengok dorang tidoo. Tahap sejuk memang tak boleh bincang ye sampai kita tutup sajur aircond atas kepala tu HAHAHA Tidur la kami sampai la dekat Ayer Hitam, dia isi pasport kitorg & boleh la nak turun beli breakfast/solat subuh dulu.

Sampai border, dia akan pulang semula pasport (dia dah kutip siap-siap masa naik bas), korang kena turun angkut beg untuk cop dekat immi. Dekat Imigresen Malaysia tak yah usung beg, dekat Thailand je yang kena. Semua dah settle, dari border ke Hatyai makan masa dalam sejam lagi macam tuu. Maka, sambung la tidoo ataupun tengok pemandangan.


Kitorg sampai dekat Hatyai, 7am waktu sana. Turun je bas, ambik barang (dorang dah keluarkan siap-siap), terusssss pegi warung depan sebab kitorg lapar gilos! HAHAHA Dah warung ni je paling dekat & halal. Nama kedai ni, Rocky Muslim. Harga dia agak mahal tapi alhamdulillah makanan sedap. Lepas makan, husb keluar kejap nak tanya orang mane location hotel kitorg, takut-takut kalau jauh lagi. Eh eh rupanya kat simpang depan tuu jeee. Kalau tau, pegi check-in dulu HAHAHA

Sakol Hotel

Bilik yang kitorg dapat

Toilet

Sakol Hotel. Ini lah ghuper hotel nya. Husb yang pilih hotel ni sebab ada BATH TUB HAHAHA Senang anak-anak nak mandi katenyaa sebab takde swimming pool kan. Mostly hotel kat sana takde swimming pool sebab kitorg duduk dekat town la kiranya. Tapi puas hati la duduk hotel ni, sejukkkkk selesa. Breakfast dia cuma roti & biskut-biskut jer. Lepas tu air panas. Okay la kann.

Lepas makan, kitorg check in hotel. Rehat-rehat duluuu. Lepas tuu petang sikiy keluar semula cari simcard & jalan-jalan laa sekitar situu. Punya laaa gaya tourist, kitorg nak cari satu tempat pun guna google maps ye! Search by walking distance HAHAHA Konon cari Lee Gardens Plaza, pusing engko satu kawasan tuu. Bila balik baru la perasan yang Lee Gardens tu sederet je dengan hotel kau! Haah memusing memang best, kau kan tourist LOL kena game adoiiii. 

Kai Tod Decha

Kitorg pergi dulu Lee Gardens untuk jalan-jalan. Macam takde ape sangat, so kitorg cuma cuci mata sajur, takde cuci wallet pun HAHAHA Tapi mall sana semua tidak mesra stroller ye, *rolling eyes*. Nyampah kite, gigih la laki aku angkut naik turun stroller tuuu. Lepas takde ape dalam Lee Garden tu, kitorg nampak 7eleven, WAJIB SINGGAH wei! HAHAHAH Ini syorgaaaaaaa. Kenapa laaa 7E Malaysia tak macam sana ekkkk HAHAHA Macam-macam ada sampai kitorg rambang mata!

Lepas dah beli-belah kat 7E, kitorg jalan la nak pi cari makan. Laki kite cakap, 7E ni dekat je dengan hotel kita duduk, so kalau nak apa-apa, nanti dia la turun pi belikan HAHAHA So, menuju la ke Kai Tod Decha, JALAN KAKI LAGI & MASIH PUSING-PUSING HAHAHAHA Redho jelaaa wei. Betul gaya matsalleh, jalan kaki. Itu gambo menu kitorg balun 4 beranakk. Konon la order nasi kuning tu untuk anak-anak, sudahnya dorang tak makan weh! Pelik kot sebab ada rasa lain sikit. Sudahnya makan la nasi dengan telur ye nakkk.

Lepas makan, balik hotel. Anak-anak sambung mandi dalam bath tub ye, Kemain seghonok masing-masing. Malam tu husband keluar sorang-sorang pegi market bawah tuu beli makanan. Dia singgah jugak 7E seperti yang dijanjikan. Beli la makanan buat kudap-kudap untuk malam. Anak-anak pun dah tido masa tu, jadi tenang kitorg makan dalam bilik HAHAHA

Okay nanti cerita lagi the next day. Till later korang ♥

Salam Sayang,

Thanks for reading , Leave your comment please :)

Wednesday, June 3, 2020

Arsyad ke Sekolah

Dalam tak sedar, dah besar dah anak bujang kita niiii HUKHUKHUK Dah masuk sekolah dah tahun ni, 5 years. Walaupun umur belum sampai 5 tahun, tapi engko duduk Malaysia, kena ikut la rules ye HAHAHA Alhamdulillah, pencarian nak masukkan Arsyad ke sekolah, tak semudah yang disangka HAHAHA Memang buntu la weiii nak sekolahkan dia kat mane.

Sebab Arsyad tak berapa friendly. Bukan sebab ape pun, dia memang duduk rumah dengan Syu, jadi dia tak biasa dengan orang luar sangat. Kalau bawak keluar pun, dia tak akan campur sangat dengan orang melainkan dengan orang yang dia selesa. Ataupun kalau pergi indoor playground. Kadang ada jugak la kawan yang dia boleh click. 

So, kitorg decide anto dia sekolah yang dekat dengan rumah aje laaa. Sebab ibu dia ni dah lama tak drive. 5 tahun ada lesen tapi PERAM! HAHAHAHA Renew je lesen tapi tak bawak kereta kahkahkah. So, disebabkan Arsyad dah mula sekolah, memang ibu kena belajar la drive semula. Cuak? Gila tidakkkkk, gigil ye drive! Adoi takpela, nanti lama-lama biasa la kot kannn.


Gituh, gigih tak? HAHAHAHA Kemain susah nak cari kasut dia. Sebab abi dia cerewet sikit. Kasut biar mahal janji anak selesa. Baguihhhh bapaknya ye. Uniform dia pinky winky weii. Alaaa comel betul. Beg itu dipilih sendiri oleh Arsyad, so botol air dia tu pun kitorg cari yang match laaa. Siapa yang nak sekolah ni? Anak ke maknye? HAHAHA


Yeee, nampak macam ready nak pergi sekolah kan? Ibunya lupa tuck in bajuuu sekolah tu HAHAHAH Teruk betuiii. Sampai sekolah ingatkan takde drama. Tipulaaaaa takde drama, kita dulu sekolah pun banyak drama kan? HAHAHA

Tu diaaa menyorok HAHA

Masa dah naik kelas, teacher dia cakap dah, lepas ni parents kena balik. Kitorg hantar la dia sampai atas. Eh drama lagiiii. Siap nangis melalak-lalak wei taknak kitorg tinggalkan dia HAHAHA Adoi. Lepas tu Principal dia naik, suruh kitorg keluar je, nanti dorang handle Arsyad. So, bila Principal dia dah ambik dia, kitorg cepat-cepat keluar kelas tu. Turun bawah & start enjin moto. Dengar weh suara anak aku nangis! HAHAHAHA Kelas dia kat atas, kitorg kat bawah boleh dengar! Betul kuat wei HAHAHA Adoi laaaaa.

Ni masa dah balik. Tengok la muka member tak puas hati ye HAHAHA Adoi laaaa. Kesian pun ada tapi nak buat macam mane. You have to go to school sayang. Its a learning process. Kitorg siap tanya teacher dia, lama ke dia nangis lepas kitorg tinggalkan dia tu. Teacher dia cakap kejap je. Bagi main plasticine dengan colouring, so dia diam dah. Tak nangis & dah boleh ikut aktiviti teacher buat. Alhamdulillah. Tapi hari kedua pun drama lagi HAHAHA Memang take time kann. Dalam sebulan jugak la Arsyad nak sesuaikan diri dengan rutin baru dia ni.

Masa ni main plasticine

Teacher buat aktiviti colouring

Alhamdulillah. Harapnya nanti dah bukak sekolah semula, takde la drama macam hari pertama sekolah! Jenuh nak layan weii! Lama sangat dah dorang ni cuti kan HAHAHA Waktu tidur pun dah kelaut dalammmmm. Aiyooooo. Okay korang, till later!

Salam sayang,


Thanks for reading , Leave your comment please :)

Tuesday, June 2, 2020

Berhabuk

Betul berhabuk dah blog ni oiii. Dulu kemain yeeee masa bujangg sebok je dok update blog sana sini. Sekarang, sunyi sepi memang sepi betul HAHAHA nak buat macam mane, komitmen dah bertambah kan. Dulu bujang, banyak masa nak menaip. Sekarang nak menaip kena gaduh dengan anak-anak dulu, bersilat duluuuu baru la dapat menaip dengan tenang. Gituhhhhhhh :D

In Syaa Allah, akan Syu update satu persatu cerita yang teringgal. Memang banyak sangat ni cerita yang tertinggal KAHKAHKAH So, kita akan update masa ke masa ye. Ewahh macam artis pulokkkk dahhhh.

Since musim Covid-19 ni, Syu doakan korang semua sentiasa sihat disamping keluarga ye. Luangkan masa dengan yang tersayang sebanyak mane masa yang korang ada. Sekarang pun negara kita makin menurun kes, In Syaa Allah, kita doa doa semoga semuanya kembali normal dalam masa terdekat ni. Aamiin.

Salam sayang,
Syuhada

Thanks for reading , Leave your comment please :)