Followers

Monday, August 31, 2015

Honeymoon (Part III)

Alright, haritu Syu dah cerita pasal Museum Angkut di Kota Malang. So, harini Syu nak cerita destinasi kitorg yg seterusnya iaitu Gunung Bromo di Kota Malang. Syu takpernah tau laa pulak ada Gunung Bromo ni. Maklumlah, takminat geografi sejarah semua ni HAHAHA Husband Syu tau lah sebab dia memang minat dengan alam semulajadi ni semua. Syu ikut aje lahhh janji seronok :D



Kitorg check out dari hotel jam 12TENGAH MALAM. Padahal 7PM baru je check in HIHI Kitorg terus check out sebab dah turun dari Gunung Bromo tu terus pergi airport. Sepatutnya flight kitorg dekat Kota Malang je, tapi flight tu dibatalkan saat akhir, so Mas Arman belikan tiket flight lain tapi kena naik di Surabaya Airport which is 3jam perjalanan dari Kota Malang. 

Check out terus dan kitorg meneruskan perjalanan ke Gunung Bromo. Naik awal pagi untuk tengok sunrise! Asyik tengok sunrise je kan HIHI Kali ni tengok di Penanjakan Gunung Bromo! Sampai je, kitorg beli la sikit kelengkapan untuk naik kat atas tu sebab kitorg takde pulak bawak apa apa kelengkapan. Maklum lah, takpernah naik gunung la katekan :P


So, kitorg sampai kat Penanjakan Gunung Bromo lebih kurang jam 3AM. Naik atas guna jeep. Memang disediakan khas & ada pemandu jugak. Korang cuma perlu sewa jeep tu je. Satu jeep boleh naik seramai 7orang atau lebih kot. Syu dengan husband berdua je HIHI Sewa jeep di situ adalah sebanyak 770 ribu rupiah bersamaan dengan RM230++ gitu laaa. Tiket masuk pulak Syu tak ingat lah berapa sebab Mas Arman tolong kitorg dapatkan harga warganegara sana :D So, takdelah mahal sangat. Harga tiket masuk untuk warganegara sana dengan pelancong tak sama tau. Ala, macam kita kat sini laaa, kalau pelancong harga lain, kalau MyKad/MyKid harga lain.


So, itu diantara pemandangan di Penanjakan Gunung Bromo. Ramai okay dekat atas tuu! Walaupun bukan musim cuti sekolah atau musim orang bercuti, memang tetap ramai. Abg yg bawak jeep tu cakap, masa kitorg datang tu ada lebih kurang 100 lebih jeep je yang naik, Kalau masa cuti, lebih daripada 300 jeep yg naik atas tu. Sampai tempat parking pun takde & kena lahh menapak sekejap untuk naik ke tempat yg dituju HIHI

Sejuk?? Tak payah cakap lahhh. Siapa yg taktahan sejuk macam Syu ni, prepare lah bawak jaket setebal tebalnya okay! Syu je pakai 4lapis baju which is 2baju, sweater & jaket. Seluar plak 3helai terus! Sebab memang taktahan langsung sejuknya! Dekat atas tu, ada jugak sewa jaket tebal tu tapi kitorg tak ambil pun, selagi boleh tahan, tahan jelaaaa :D Tapi, Syu memang jenis yg taktahan sejuk, menggigil ALL THE TIME!


Itulah pemandangan dari atas Penanjakan Gunung Bromo. Kitorg tunggu sampai lahh matahari betul betul keluar. Beergambar sakan dekat atas tu sebelum turun untuk ke checkpoint lain. So, ada 4 checkpoint ye. Pertama, ini lah dia, sunrise di Penanjakan Gunung Bromo. Apapun, kena lah bersesak sikit untuk dapat tempat yang best, kalau bertuah, dapat laa position view yang cantik. Kitorg panat panjat jelah dari belakang HIHI Ramai memang ramai. Kalau datang masa musim cuti, takboleh nak bayangkan betapa sesaknya tempat tu.



Jadi, daripada atas tu kitorg turun terus kebawah ni haa, pit stop kedua iaitu Pasir Berbisik. Kat sini semua pasir hitam je sebab bekas tinggalan gunung berapi. Bau belerang memang takdapat dipisahkan sepanjang kitorg kat situ. Tahan aje lahh, bukan selalu HAHAHA Ni lah keadaan kat bahagian bawah tu. Nampak macam panas tapi sebenarnya sejuk lagi okay! HAHAHA Ape lagi, bergambar jelahh kerja kitorg laki bini! I'm so excited okay! Driver jeep kitorg pun melayan jugakk, siap tolong ambilkan gambar kitorg lagi! Memang sporting habis lah :D


Itulah jeep nya! Best tau! Pengalaman pertama Syu naik jeep ni untuk ke kawasan pergunungan ni. Seram? Memang takpayah cakap lah. Lereng lereng bukit tu, dengan bukit curam. Scary! Terbayang jugak lah macam macam :P Lepas tu episod bertembung dengan jeep lain dekat jalan yang kecik tu, yang memang boleh muat untuk satu jeep je! Alahai, masa tu jantung tinggal nak jatuh je! Nasib baik tak jatuh lagi. Tapi apa pun, kitorg dapat driver yang terlatih. Dia memang dah 7 tahun bawak pelancong ke Gunung Bromo tu. Selok belok situ semua dia dah tau dah. Kat mane yang nak kena belok, yang kena stop, dia tau dah semuanya. So, rasa selamat jugak lahhh bila tau dia driver yang berpengalaman :P



Ini gambar kitorg berlatar belakangkan Bukit Savana, atau lebih dikenali sebagai BUKIT TELETUBBIES :D Korang pernah tengok cerita Teletubbies kan ? Ha, bukit yang dekat belakang kitorg ni macam bukit bukit dalam cerita Teletubbies tu la. Sebab tu lebih senang dipanggil Bukit Teletubbies HIHI Pemandangan memang sangat sangat lah cantik. Terpegun dengan keindahan alam kat sana. Kalau nak lagi best, korang pergi lah sendiri kesana. Perasaan yang takdapat digambarkan tau sebenarnya :)


Yang ni gambar favorite! Pandai abang driver kitorg ambilkan gambar :P Feeling oversea lah pulak kan! Taksangka ada pemandangan secantik ni dekat kawasan pergunungan tu. Kitorg tak lepaskan peluang laa nak berposing sakan kat situ! Bukan selalu datang kan, maka ambil lah gambar sampai memory camera korang penuh! HAHAHA


Dah selesai berposing, pergi ke pit stop seterusnya ke Kawah Gunung Bromo. Dari tempat parking jeep untuk keatas ambil masa dalam 40minit dengan berjalan kaki. Ada disediakan jugak servis menunggang kuda untuk pelancong yang taknak penat berjalan kaki. Syu & husband ambil kesempatan menunggang kuda ni sebab memang takpernah menunggang kuda, so bila lagi kan nak cuba? Ni lah masanya :P

Kalau nak menunggang kuda ni, takpayah ada skill pun takpe sebab akan ada orang yang pegang kuda ni. Syu bukan main takut lagi! Ye lah, naik kuda dekat kawasan pergunungan kot! Masa kat bawah tu okay lagi laa, bila sampai episod nak naik bukit semua tu jantung macam nk jatuh kejap! Sebab dah imagine macam mane kalau terjatuh ke ape ke kan HAHA Biasa lah perempuan imaginasi tinggi sangat, sebab tu lah :P



Itulah Kawah Gunung Bromo yang masih aktif. Nak tengok kawah ni bukan senang. Dah naik kuda sampai atas gunung tu, kena naik 200 anak tangga lagi okay! Masa ni siapa yang semput ke ape ke, jangan lupa bawak ubat korang eh. Kang tak pasal pasal je kang. Ditambah dengan bau belerang kiri kanan tangga tu, memang boleh buat korang lagi semput.

Syu & husband naik jugak ke atas tu, tapi dah sampai separuh Syu surrender kejap. Sebab dah tak tahan dengan bau belerang & penat nak naik tangga. Semput jugak lah Syu kat situ. Syu suruh husband je naik sebab dah taklarat, Syu cakap tunggu kat bawah je. Tapi, bila pandang kebawah, macam rugi la pulak dah naik separuh nak turun macam tu je. 


Akhirnya sampai jugak Syu kat atas tu! Husband pun terkejut nampak Syu kat atas sebab dia ingat Syu dah turun kebawah dah HAHA Ramai la jugak kat atas tu. Alang alang dah sampai kan, kita kena lah sacrifice sikit walaupun benda tu memenatkan. Worth it la bila dah panjat 200 anak tangga tu then bila dah sampai atas rasa kepuasan! Walaupun kau cuma nak tengok Kawah tu je HIKHIK At least, Syu lawan jugak semput Syu tu HAHA Yes! I did it :D


Pemandangan dari atas. Nampak tak betapa curamnya? Nak turun memang laju HAHAHA Nak naik je semput :P Tapi nak turun pun kena hati hati jugak, silap langkah tergolek pulak nanti! Dah sampai kat bawah tu, kuda comel kitorg dah sedia menunggu :D Husband Syu je naik kuda yang lain, taktau lah kenapa but Syu still naik kuda comel yang sama. Kuda betina okay HAHA Husband bukan main suka lagi sebab orang tu lepaskan kuda tu dekat husband bagi dia kawal sendiri. Amboi sakan!

Syu macam biasa lah, terjerit jerit laa atas kuda tu HAHAHAHA Walaupun kuda betina tu kecik & takde lah tinggi mane, tapi gayat tu takpayah cakap lah kan. Mungkin sebab pertama kali menunggang kuda comel ni HAHAHA Sampai je kitorg kat bawah tu, husband punya kuda buang air besar HAHAHA Lawak gila, pertama kali tengok okay! Syu punya kuda pulak buang air kecil! :D Tapi kuda Syu naik tu pemalu. Nak ambil gambar pun taknak, dia palingkan muka dia kat tempat lain. Kuda yang husband naik je sporting! Siap ada reaction lagik!



Selesai dahh pengembaraan kitorg di Penanjakan Gunung Bromo ni! Daripada 3AM sampai lahh 10AM kitorg kat sana. Seronok sangat sangat! Untuk sesiapa yang memang suka dengan keindahan alam semulajadi, memang sesuai lah kesini, macam husband Syu. Dia memang suka, Syu je yang taktau apape HAHAHA 

Habis je episod ni, Mas Arman dah pun tunggu kitorg kat bawah. Pergi cari ole ole sikit sebab sepatutnya beli masa kat Kawah Gunung Bromo, tp kitorg taktau la pulak kat situ je yang ada, ingatkan tempat lain ade lagi. Katenya kat Kawah tu yang murahh. Lepas dah cari ole ole, kitorg pergi makan & terus ke Surabaya. Husband nak melawat makam Sunan Ampel tu. Sekejap je kat sana & tak dibenarkan untuk ambil gambar, so no pictures laaaa :(

Mas Arman hantar kitorg ke Surabaya Airport. Dah check in siap siap dah cuma nak check in bag je. Masa tu hujan la pulakkk. Dah lah kali kedua naik flight lepas 1st flight dari Malaysia ke Bandung tu HAHAHA Hujan pulak. Tapi, masa kitorg nak take off tu hujan dah berhenti. Alhamdulilah. So, next destination is 


BALI!

p/s: Untuk sesiapa yang berminat nak ke Kota Malang, boleh la hubungi Mas Arman di facebook nya, KastobaIndah TourTravel Malang II (boleh click terus). 6 hari honeymoon kitorg ni semua nya under pakej Mas Arman :) till next entry :D

Thanks for reading , Leave your comment please :)

Wednesday, August 26, 2015

Honeymoon (Part II)


10AM kami sampai di Kota Malang. Ye, kami ke Kota Malang :) Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin ada yang tidak. Macam Syu, memang tak pernah dengar :P Husband yang plan kann, so Syu ikut aje. Dari Bandung ke Kota Malang yang mengambil masa selama 16jam, akhirnya kami sampai jugak. Penat memang penat. Bayangkan 16jam dalam keretapi tu duduk ajeeee. Tidur pun duduk, memang sakit tengkuk kita! :(

Malang ialah stesen yang terakhir. Takut jugak kalau kalau terlepas kan, tapi nasib baik tak terlepas. Dah berpuluh kali bangun tidur dah dalam keretapi tu HIHI Haritu tengok sunrise dalam plane, yang ni tengok sunrise dalam keretapi pulak! Seronok lain macam :) So, sampai je kat stesen terakhir tu, kitorg punya supir a.k.a Mas Arman, pick up kitorg kat sana. Destinasi yang pertama is Air Terjun Coban Rondo !




Air Terjun Coban Rondo ni adalah yang tertinggi! 84 meter tingginya! Nak mandi boleh, tapi tepi tepi je. Pengunjung dilarang untuk mandi dekat dengan air terjun, sangat sangat bahaya! Syu & husband pun cuma bergambar je. Suhu kat sana +/- 22c. Memang sejuk & Kota Malang memang sejuk. Macam Cameron Highlands dulu dulu tu HAHA Tapi lg sejuk la kann :) Lepas bergambar, husband cuma main tembak tembak tu HAHA Ada jugak la aktiviti kat situ selain nak bergambar dekat air terjun tuu :)


Our next destination is Museum Angkut! Mas Arman bagi pilihan sama ada nak pegi sini ke atau pergi Zoo. Kitorg choose untuk pergi sini, Mas Arman pun suggest pergi sini jugak sebab katenya Museum Angkut ni adalah yang terbesar kat Asia! Memang besar pun okay! Jalan 2/3 jam dalam tu wehh. Bayangkan besar maneee :) Kitorg tak pergi Zoo pun sebab kat sini pun dah berjam jam HAHA Seronok sangat sampai taksedar kitorg dah lama sangat kat dalam tu :P



So, Museum Angkut ni sebenarnya meletakkan semua jenis pengangkutan dari zaman dahulu kaa hingga lah sekarang. Memang bagus pun untuk pengetahuan kita. Macam macam jenis model ada kat sana. Tingkat 1 ni mereka letakkan motor & kereta. Ferrari pun ada okayyy. Ferrari yang lamo tuuu HIHI Berposing sakan laaaa kami laki bini. Memang seronok & leka ! Drpd yang kereta lembu semua tu, memang sakan laa bergambar kan :P



Naik ke tingkat 1, ada lagi! Kat situ jugak dia ada tunjukkan macam mane enjin berfungsi & macam macam lagi. Yang ni kira pengangkutan untuk peniaga lahh. Lepas tu ada jugak kapal kapal. Titanic pun ada okayy HIHI Memang bagus lahhh untuk pengetahuan am kita ni. At least bila org tny, tau la jugak an HIHI



Kitorg ingat setakat tu je. Keluar drpd situ, ade lagi! Ni bahagian luar lah kiranya. Ada warung warung. Ada balai polis semua tu. Seriously, memang have fun sgt kat sana. Berbaloi lah dengan harga tiket yg dibayar. Tapi, maafkan sy sebab memang lupa dah harga tiket AHAHA :P




Habis je kitorg kat bandar tuu, kitorg jalan lagi. Ke negara negara pulak. Seronok? Memang best gila. Konon konon laa kita kat negara tuu, padahal dalam muzium je HAHA Whatever is it, we had so much fun there! Let the pictures speak!







Dah puas berjalan, kitorg pergi makan kat Warung Bu Kris. Memang sedap & Mas Arman yang cadangkan kesitu. Bila dah dekat negara orang, nak dapat makanan negara kita memang susah sikit la kan. Tapi, biasalah, kitorg mesti lah makan ayam penyet tu! HAHA itu je yang boleh makan. Apa pun, makanan kat sana memang sedap& berbaloi baloi :D


Selesai makan, Mas Arman bawak kitorg pusing pusing sekitar Kota Malang tu sekejap. Lepas dah puas pusing, kitorg pergi hotel untuk check in. Ye, kitorg sampai tadi memang tak check in hotel dulu, terus pegi jalan. Nak jimat masa la katekan :D So, check in hotel dan kitorg tidur sampai laa ke malam. Macam biasa lah. Penat kan. Makan malam pun tak sempat HAHAHA





Bilik memang sangat selesa & luas. Kitorg stay dekat Savana Hotel & Convention. Memang puas hati lah dapat bilik besar cenggini HAHAH Tu view dekat luar bilik. Swimming pool dia dekat dalam, indoor la kiranya :D So, cerita kat Kota Malang ni TAK HABIS LAGI OKAY. Syu sambung next entry la. Sbb entry ni dah panjang berjela jela daahhhh. Nanti korg taknak baca :PSo, next entry la Syu bebel ehhh. Till later :P

Thanks for reading , Leave your comment please :)

Monday, August 24, 2015

Honeymoon (Part I)


Alright, harini Syu nak cerita pasal honeymoon plak. Honeymoon trip ni husband Syu yang plan. Dia lah yg cari tempat honeymoon ni semua. Syu ikut je & senang kerja Syu sbb dah tak payah nk fikir honeymoon kat mane. Bila husband dah fikir, senang la kerja kita :D

So, honeymoon kitorg ni sepanjang 6 hari. Kitorg pergi 3 bandar, so bandar yang pertama kitorg pergi is Bandung. Naik flight awal pg so dapat la tengok sunrise dalam plane! Sampai je kat Bandung dah around 8am waktu sana. Bandung memang sejuk masa kitorg sampai tu. Nasib baik laa bawak jaket tebal. Konon konon macam honeymoon jauh sangat, padahal Indonesia je :P


So, sampai je kitorg kat Airport Bandung, supir kitorg datang ambil and this is our 1st pit stop HIHI Katenya susu lembang ni sedap. Tapi, masa tu Syu tkde rasa nak cuba pun AHAHA So,kitorg cuma jalan jalan je. Bnyk kedai tkbukak lagi sebab masih awal lagi kan. Jadi, kitorg pun terus pegi tmpat yang husband Syu nak pergi, Tangkuban Parahu.


Sampai je kat sana, bukan main sejuk lagi kat atas tu. Plus dengan hujannya lagi, memang bertambah sejuk laa. Harga untuk masuk sini dah tak ingat la pulak, dah lama sangat dah HIHI Keluar je dari kereta, semua penjual kat atas tu serbu kitorg. Syu nasihatkan jangan lah beli apa pun dari dorang tu. Kalau kita dah beli kat dorg, nanti dia suruh beli dekat kawan dia pulak. Supir kitorg yang bagitau macam tu. So, Syu & husband tkbeli ape pun drpd dorg. Tp, memang rimas la sebab dok ikut je sana sini. Nk bergambar pun susahhhh HAHA


Jadi ini lah dia Tangkuban Parahu. Masa kitorg datang ni, tempat tu baru je 4 hari bukak. Sebab sebelum ni ditutup sbb kawah tu aktif. Masa kitorg datang, dah kurang dah so dorg dah bukak untuk pengunjung. Rezeki kitorg dapat tengok :) Kat sini kita tkbole turun sampai bawah dah, dorg dah tak bagi katenya. Atas tujuan keselamatan, pengunjung bole tengok dari atas je. Tapi, bau belerang memang kuat sangat sangat.


Lepas ke Tangkuban Parahu tu, supir (lupa lah nama dia) kitorg bawak pergi sini, Hot Spring Park. Sesi panaskan badan katanya HIHI Sebab memang sejuk sangat sangat dengan hujannya lagi. Masa kitorg sampai pun, hujan lagi. Tp, tklama lepas tu hujan berhenti. Husband la paling suka dengan air panas. Bukan main suka lagi dia HIHI

Lepas dah merendam kaki, kitorg pergi makan. Lapar weh. Dah la sejuk, mesti lahh lapar kann. So, dah habis makan tu, abang supir terus hantar kitorg pegi hotel. Nak rehat la pulak sebab penat. Tak tido dari 3AM okay sebab kitorg naik early flight! Nasib la kan! HAHA


Laki bini tertidur terus sampai malam! HAHA Then malam sikit kitorg siap siap pergi cari makan laaa ape lagi. Kitorg stay dekat Ibis Hotel Bandung. Dekat je dengan Trans Studio Mall Bandung tu. Jalan kaki dalm 10minit camtu je. Cari cari makan dalam mall takde jumpa pun makanan yang berkenan. At last kitorg makan kat coffeehouse kat hotel je AHAHAHA Tu gambar berlatar belakangkan rail roller coaster theme park TMS tu. Tak sempat pun nak merasa sbb kitorg sampai dah nak tutup :P


Besoknya check out awal pagi sebab husband sibuk nak pergi ke Kawah Putih. Memang nak sangat pergi katanya. Tempat My Heart berlakon. Apesal Syu tak tau eh? HAHAHA So, kitorg memang kena check out awal sebab nak terus pegi ke bandar yang seterusnya dahh petang tu :)


Tapi sebelum pergi Kawah Putih, kitorg pergi shopping dulu! Kemana lagi, Pasar Baru lahhh :) Tapi kitorg cuma pergi bahagian atas je, takde lah berjalan satu Pasar Baru tu sebab tak cukup masa dahh. Supir cakap nak ke Kawah Putih ambil masa dalam lebih kurang 3jam. Lepas shopping baju baju sikit, kitorg terus pergi Kawah Putih. Memang lamaa sampai Syu pun dah tertidur lepas tu bangun & tidur balik HAHAHA


Tu lah dia Kawah Putih. Husband asyik cakap je yang My Heart berlakon kat situ. Syu iyekan aje sebab Syu taktau pun :P Jadi, dah sampai sana tu, kitorg pun menghayati laah keindahan alam tu. Dekat sana pengunjung boleh turun terus ke sana. Tapi, bau belerang masih ada. Jadi, bawak lah mask yee HIHI Puas lahh Syu & husband bergambar kat situ. Masa kitorg sampai cuaca okay je. Tengah syok bergambar, berposing sakan, hujan turun pulakkk. Lebat sangat sangat. Nasib baik dah sampai dekat area kereta, kalau tk memang penat lah nak berlari HAHA



Habis je berposing sakan kat Kawah Putih tu, kitorg turun bawah & makan lepas tu shopping sikit kat situ. Kawah Putih dengan Tangkuban Parahu sama je, orang jualan akan terus menerus ikut kita. Tapi kalau korg taknak beli apapa, jangan sibuk tanya tanya harga. Nanty kena paksa beli pulak HIHI Lepas maan & shopping, kitorg terus pegi Stesen Keretapi Bandung. Untuk apa? Next destination! HIHI Perjalanan yang ambil masa 16jam :( Memang penat sangat sangat. 16jam dalam keretapi adalah masa yg sangat panjang and lama! Paling lama pernah naik pun, KTM itupun 8jam je. Perjalanan kitorg dari 6PM sampai 10AM the next day!

Okay, next entry Syu cerita eh mane destinasi kedua kitorg ni sampai ambil masa perjalanan 16jam ni! Till later! xoxo:)

Thanks for reading , Leave your comment please :)