Followers

Monday, August 31, 2015

Honeymoon (Part III)

Alright, haritu Syu dah cerita pasal Museum Angkut di Kota Malang. So, harini Syu nak cerita destinasi kitorg yg seterusnya iaitu Gunung Bromo di Kota Malang. Syu takpernah tau laa pulak ada Gunung Bromo ni. Maklumlah, takminat geografi sejarah semua ni HAHAHA Husband Syu tau lah sebab dia memang minat dengan alam semulajadi ni semua. Syu ikut aje lahhh janji seronok :D



Kitorg check out dari hotel jam 12TENGAH MALAM. Padahal 7PM baru je check in HIHI Kitorg terus check out sebab dah turun dari Gunung Bromo tu terus pergi airport. Sepatutnya flight kitorg dekat Kota Malang je, tapi flight tu dibatalkan saat akhir, so Mas Arman belikan tiket flight lain tapi kena naik di Surabaya Airport which is 3jam perjalanan dari Kota Malang. 

Check out terus dan kitorg meneruskan perjalanan ke Gunung Bromo. Naik awal pagi untuk tengok sunrise! Asyik tengok sunrise je kan HIHI Kali ni tengok di Penanjakan Gunung Bromo! Sampai je, kitorg beli la sikit kelengkapan untuk naik kat atas tu sebab kitorg takde pulak bawak apa apa kelengkapan. Maklum lah, takpernah naik gunung la katekan :P


So, kitorg sampai kat Penanjakan Gunung Bromo lebih kurang jam 3AM. Naik atas guna jeep. Memang disediakan khas & ada pemandu jugak. Korang cuma perlu sewa jeep tu je. Satu jeep boleh naik seramai 7orang atau lebih kot. Syu dengan husband berdua je HIHI Sewa jeep di situ adalah sebanyak 770 ribu rupiah bersamaan dengan RM230++ gitu laaa. Tiket masuk pulak Syu tak ingat lah berapa sebab Mas Arman tolong kitorg dapatkan harga warganegara sana :D So, takdelah mahal sangat. Harga tiket masuk untuk warganegara sana dengan pelancong tak sama tau. Ala, macam kita kat sini laaa, kalau pelancong harga lain, kalau MyKad/MyKid harga lain.


So, itu diantara pemandangan di Penanjakan Gunung Bromo. Ramai okay dekat atas tuu! Walaupun bukan musim cuti sekolah atau musim orang bercuti, memang tetap ramai. Abg yg bawak jeep tu cakap, masa kitorg datang tu ada lebih kurang 100 lebih jeep je yang naik, Kalau masa cuti, lebih daripada 300 jeep yg naik atas tu. Sampai tempat parking pun takde & kena lahh menapak sekejap untuk naik ke tempat yg dituju HIHI

Sejuk?? Tak payah cakap lahhh. Siapa yg taktahan sejuk macam Syu ni, prepare lah bawak jaket setebal tebalnya okay! Syu je pakai 4lapis baju which is 2baju, sweater & jaket. Seluar plak 3helai terus! Sebab memang taktahan langsung sejuknya! Dekat atas tu, ada jugak sewa jaket tebal tu tapi kitorg tak ambil pun, selagi boleh tahan, tahan jelaaaa :D Tapi, Syu memang jenis yg taktahan sejuk, menggigil ALL THE TIME!


Itulah pemandangan dari atas Penanjakan Gunung Bromo. Kitorg tunggu sampai lahh matahari betul betul keluar. Beergambar sakan dekat atas tu sebelum turun untuk ke checkpoint lain. So, ada 4 checkpoint ye. Pertama, ini lah dia, sunrise di Penanjakan Gunung Bromo. Apapun, kena lah bersesak sikit untuk dapat tempat yang best, kalau bertuah, dapat laa position view yang cantik. Kitorg panat panjat jelah dari belakang HIHI Ramai memang ramai. Kalau datang masa musim cuti, takboleh nak bayangkan betapa sesaknya tempat tu.



Jadi, daripada atas tu kitorg turun terus kebawah ni haa, pit stop kedua iaitu Pasir Berbisik. Kat sini semua pasir hitam je sebab bekas tinggalan gunung berapi. Bau belerang memang takdapat dipisahkan sepanjang kitorg kat situ. Tahan aje lahh, bukan selalu HAHAHA Ni lah keadaan kat bahagian bawah tu. Nampak macam panas tapi sebenarnya sejuk lagi okay! HAHAHA Ape lagi, bergambar jelahh kerja kitorg laki bini! I'm so excited okay! Driver jeep kitorg pun melayan jugakk, siap tolong ambilkan gambar kitorg lagi! Memang sporting habis lah :D


Itulah jeep nya! Best tau! Pengalaman pertama Syu naik jeep ni untuk ke kawasan pergunungan ni. Seram? Memang takpayah cakap lah. Lereng lereng bukit tu, dengan bukit curam. Scary! Terbayang jugak lah macam macam :P Lepas tu episod bertembung dengan jeep lain dekat jalan yang kecik tu, yang memang boleh muat untuk satu jeep je! Alahai, masa tu jantung tinggal nak jatuh je! Nasib baik tak jatuh lagi. Tapi apa pun, kitorg dapat driver yang terlatih. Dia memang dah 7 tahun bawak pelancong ke Gunung Bromo tu. Selok belok situ semua dia dah tau dah. Kat mane yang nak kena belok, yang kena stop, dia tau dah semuanya. So, rasa selamat jugak lahhh bila tau dia driver yang berpengalaman :P



Ini gambar kitorg berlatar belakangkan Bukit Savana, atau lebih dikenali sebagai BUKIT TELETUBBIES :D Korang pernah tengok cerita Teletubbies kan ? Ha, bukit yang dekat belakang kitorg ni macam bukit bukit dalam cerita Teletubbies tu la. Sebab tu lebih senang dipanggil Bukit Teletubbies HIHI Pemandangan memang sangat sangat lah cantik. Terpegun dengan keindahan alam kat sana. Kalau nak lagi best, korang pergi lah sendiri kesana. Perasaan yang takdapat digambarkan tau sebenarnya :)


Yang ni gambar favorite! Pandai abang driver kitorg ambilkan gambar :P Feeling oversea lah pulak kan! Taksangka ada pemandangan secantik ni dekat kawasan pergunungan tu. Kitorg tak lepaskan peluang laa nak berposing sakan kat situ! Bukan selalu datang kan, maka ambil lah gambar sampai memory camera korang penuh! HAHAHA


Dah selesai berposing, pergi ke pit stop seterusnya ke Kawah Gunung Bromo. Dari tempat parking jeep untuk keatas ambil masa dalam 40minit dengan berjalan kaki. Ada disediakan jugak servis menunggang kuda untuk pelancong yang taknak penat berjalan kaki. Syu & husband ambil kesempatan menunggang kuda ni sebab memang takpernah menunggang kuda, so bila lagi kan nak cuba? Ni lah masanya :P

Kalau nak menunggang kuda ni, takpayah ada skill pun takpe sebab akan ada orang yang pegang kuda ni. Syu bukan main takut lagi! Ye lah, naik kuda dekat kawasan pergunungan kot! Masa kat bawah tu okay lagi laa, bila sampai episod nak naik bukit semua tu jantung macam nk jatuh kejap! Sebab dah imagine macam mane kalau terjatuh ke ape ke kan HAHA Biasa lah perempuan imaginasi tinggi sangat, sebab tu lah :P



Itulah Kawah Gunung Bromo yang masih aktif. Nak tengok kawah ni bukan senang. Dah naik kuda sampai atas gunung tu, kena naik 200 anak tangga lagi okay! Masa ni siapa yang semput ke ape ke, jangan lupa bawak ubat korang eh. Kang tak pasal pasal je kang. Ditambah dengan bau belerang kiri kanan tangga tu, memang boleh buat korang lagi semput.

Syu & husband naik jugak ke atas tu, tapi dah sampai separuh Syu surrender kejap. Sebab dah tak tahan dengan bau belerang & penat nak naik tangga. Semput jugak lah Syu kat situ. Syu suruh husband je naik sebab dah taklarat, Syu cakap tunggu kat bawah je. Tapi, bila pandang kebawah, macam rugi la pulak dah naik separuh nak turun macam tu je. 


Akhirnya sampai jugak Syu kat atas tu! Husband pun terkejut nampak Syu kat atas sebab dia ingat Syu dah turun kebawah dah HAHA Ramai la jugak kat atas tu. Alang alang dah sampai kan, kita kena lah sacrifice sikit walaupun benda tu memenatkan. Worth it la bila dah panjat 200 anak tangga tu then bila dah sampai atas rasa kepuasan! Walaupun kau cuma nak tengok Kawah tu je HIKHIK At least, Syu lawan jugak semput Syu tu HAHA Yes! I did it :D


Pemandangan dari atas. Nampak tak betapa curamnya? Nak turun memang laju HAHAHA Nak naik je semput :P Tapi nak turun pun kena hati hati jugak, silap langkah tergolek pulak nanti! Dah sampai kat bawah tu, kuda comel kitorg dah sedia menunggu :D Husband Syu je naik kuda yang lain, taktau lah kenapa but Syu still naik kuda comel yang sama. Kuda betina okay HAHA Husband bukan main suka lagi sebab orang tu lepaskan kuda tu dekat husband bagi dia kawal sendiri. Amboi sakan!

Syu macam biasa lah, terjerit jerit laa atas kuda tu HAHAHAHA Walaupun kuda betina tu kecik & takde lah tinggi mane, tapi gayat tu takpayah cakap lah kan. Mungkin sebab pertama kali menunggang kuda comel ni HAHAHA Sampai je kitorg kat bawah tu, husband punya kuda buang air besar HAHAHA Lawak gila, pertama kali tengok okay! Syu punya kuda pulak buang air kecil! :D Tapi kuda Syu naik tu pemalu. Nak ambil gambar pun taknak, dia palingkan muka dia kat tempat lain. Kuda yang husband naik je sporting! Siap ada reaction lagik!



Selesai dahh pengembaraan kitorg di Penanjakan Gunung Bromo ni! Daripada 3AM sampai lahh 10AM kitorg kat sana. Seronok sangat sangat! Untuk sesiapa yang memang suka dengan keindahan alam semulajadi, memang sesuai lah kesini, macam husband Syu. Dia memang suka, Syu je yang taktau apape HAHAHA 

Habis je episod ni, Mas Arman dah pun tunggu kitorg kat bawah. Pergi cari ole ole sikit sebab sepatutnya beli masa kat Kawah Gunung Bromo, tp kitorg taktau la pulak kat situ je yang ada, ingatkan tempat lain ade lagi. Katenya kat Kawah tu yang murahh. Lepas dah cari ole ole, kitorg pergi makan & terus ke Surabaya. Husband nak melawat makam Sunan Ampel tu. Sekejap je kat sana & tak dibenarkan untuk ambil gambar, so no pictures laaaa :(

Mas Arman hantar kitorg ke Surabaya Airport. Dah check in siap siap dah cuma nak check in bag je. Masa tu hujan la pulakkk. Dah lah kali kedua naik flight lepas 1st flight dari Malaysia ke Bandung tu HAHAHA Hujan pulak. Tapi, masa kitorg nak take off tu hujan dah berhenti. Alhamdulilah. So, next destination is 


BALI!

p/s: Untuk sesiapa yang berminat nak ke Kota Malang, boleh la hubungi Mas Arman di facebook nya, KastobaIndah TourTravel Malang II (boleh click terus). 6 hari honeymoon kitorg ni semua nya under pakej Mas Arman :) till next entry :D

Thanks for reading , Leave your comment please :)

No comments:

Post a Comment