Followers

Wednesday, August 26, 2015

Honeymoon (Part II)


10AM kami sampai di Kota Malang. Ye, kami ke Kota Malang :) Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin ada yang tidak. Macam Syu, memang tak pernah dengar :P Husband yang plan kann, so Syu ikut aje. Dari Bandung ke Kota Malang yang mengambil masa selama 16jam, akhirnya kami sampai jugak. Penat memang penat. Bayangkan 16jam dalam keretapi tu duduk ajeeee. Tidur pun duduk, memang sakit tengkuk kita! :(

Malang ialah stesen yang terakhir. Takut jugak kalau kalau terlepas kan, tapi nasib baik tak terlepas. Dah berpuluh kali bangun tidur dah dalam keretapi tu HIHI Haritu tengok sunrise dalam plane, yang ni tengok sunrise dalam keretapi pulak! Seronok lain macam :) So, sampai je kat stesen terakhir tu, kitorg punya supir a.k.a Mas Arman, pick up kitorg kat sana. Destinasi yang pertama is Air Terjun Coban Rondo !




Air Terjun Coban Rondo ni adalah yang tertinggi! 84 meter tingginya! Nak mandi boleh, tapi tepi tepi je. Pengunjung dilarang untuk mandi dekat dengan air terjun, sangat sangat bahaya! Syu & husband pun cuma bergambar je. Suhu kat sana +/- 22c. Memang sejuk & Kota Malang memang sejuk. Macam Cameron Highlands dulu dulu tu HAHA Tapi lg sejuk la kann :) Lepas bergambar, husband cuma main tembak tembak tu HAHA Ada jugak la aktiviti kat situ selain nak bergambar dekat air terjun tuu :)


Our next destination is Museum Angkut! Mas Arman bagi pilihan sama ada nak pegi sini ke atau pergi Zoo. Kitorg choose untuk pergi sini, Mas Arman pun suggest pergi sini jugak sebab katenya Museum Angkut ni adalah yang terbesar kat Asia! Memang besar pun okay! Jalan 2/3 jam dalam tu wehh. Bayangkan besar maneee :) Kitorg tak pergi Zoo pun sebab kat sini pun dah berjam jam HAHA Seronok sangat sampai taksedar kitorg dah lama sangat kat dalam tu :P



So, Museum Angkut ni sebenarnya meletakkan semua jenis pengangkutan dari zaman dahulu kaa hingga lah sekarang. Memang bagus pun untuk pengetahuan kita. Macam macam jenis model ada kat sana. Tingkat 1 ni mereka letakkan motor & kereta. Ferrari pun ada okayyy. Ferrari yang lamo tuuu HIHI Berposing sakan laaaa kami laki bini. Memang seronok & leka ! Drpd yang kereta lembu semua tu, memang sakan laa bergambar kan :P



Naik ke tingkat 1, ada lagi! Kat situ jugak dia ada tunjukkan macam mane enjin berfungsi & macam macam lagi. Yang ni kira pengangkutan untuk peniaga lahh. Lepas tu ada jugak kapal kapal. Titanic pun ada okayy HIHI Memang bagus lahhh untuk pengetahuan am kita ni. At least bila org tny, tau la jugak an HIHI



Kitorg ingat setakat tu je. Keluar drpd situ, ade lagi! Ni bahagian luar lah kiranya. Ada warung warung. Ada balai polis semua tu. Seriously, memang have fun sgt kat sana. Berbaloi lah dengan harga tiket yg dibayar. Tapi, maafkan sy sebab memang lupa dah harga tiket AHAHA :P




Habis je kitorg kat bandar tuu, kitorg jalan lagi. Ke negara negara pulak. Seronok? Memang best gila. Konon konon laa kita kat negara tuu, padahal dalam muzium je HAHA Whatever is it, we had so much fun there! Let the pictures speak!







Dah puas berjalan, kitorg pergi makan kat Warung Bu Kris. Memang sedap & Mas Arman yang cadangkan kesitu. Bila dah dekat negara orang, nak dapat makanan negara kita memang susah sikit la kan. Tapi, biasalah, kitorg mesti lah makan ayam penyet tu! HAHA itu je yang boleh makan. Apa pun, makanan kat sana memang sedap& berbaloi baloi :D


Selesai makan, Mas Arman bawak kitorg pusing pusing sekitar Kota Malang tu sekejap. Lepas dah puas pusing, kitorg pergi hotel untuk check in. Ye, kitorg sampai tadi memang tak check in hotel dulu, terus pegi jalan. Nak jimat masa la katekan :D So, check in hotel dan kitorg tidur sampai laa ke malam. Macam biasa lah. Penat kan. Makan malam pun tak sempat HAHAHA





Bilik memang sangat selesa & luas. Kitorg stay dekat Savana Hotel & Convention. Memang puas hati lah dapat bilik besar cenggini HAHAH Tu view dekat luar bilik. Swimming pool dia dekat dalam, indoor la kiranya :D So, cerita kat Kota Malang ni TAK HABIS LAGI OKAY. Syu sambung next entry la. Sbb entry ni dah panjang berjela jela daahhhh. Nanti korg taknak baca :PSo, next entry la Syu bebel ehhh. Till later :P

Thanks for reading , Leave your comment please :)

No comments:

Post a Comment