So harini kita cerita pasal set jamu lah pulak :D Nampak benda ni macam tak penting kan. Tapi, set jamu untuk kita ibu ibu yang lepas bersalin ni sangat sangat lah penting. Takkan nak cantik luaran je kann. Dalaman pun kenalah cantik, ye dokkk ? :P Baru lahh cik abang makin saaaaayaaaanggggggg :D
Lama jugak Syu survey untuk set berpantang ni haaa. Memang susah nak buat pilihan. Lagi lagi sekarang ni dah banyak sangat dahh set jamu ada jual kat pasaran. Tinggal pilih & bayar je kan :D Tapi, lepas dah survey & tanya org org yg berpengalaman, Syu pilih untuk ambil Set Bersalin Lengkap Selapan dari Air Mancur. Produk ni datangnya dari Wonogiri-SOLO-Indonesia.
Ramai tau kan, orang Indonesia bab jamu ni memang terbaik lah kan. So, why not kita cuba kan :D Set jamu ni ada 2 pilihan. Ada yang PIL dan ada yang SERBUK. Syu pilih serbuk atas permintaan husband Syu. Sebabnya, dia cakap serbuk lagi elok walaupunnn rasanya mungkin macam hmmmmm -___- Tapi, benda yang taksedap tu lahhh yang lagi elok sebenarnya kan :)
So, yang di atas ni Jamu Bersalin 1 cuma ada sekotak je sebab tempoh untuk minum tk lama pun :
Khasiat & Kegunaannya : Sangat berguna bagi wanita untuk membersihkan rahim sehabis melahirkan
Cara Pemakaian : Digunakan sejak hari ke-4 sampai hari ke-8 sehabis bersalin.
Yang kedua ni banyak sikit. Ada 4 kotak. Setiap kotak ada 10 paket ye. Kalau yang pil tu Syu tktau lah pulakk HIHI Korang boleh lah survey kat kedai kedai jamu yang berdekatan ek :P
Jamu Bersalin 2 ada 40 bungkus:
Khasiat & Kegunaannya : Memulihkan kesihatan & kesegaran, mengecilkan rahim serta menyingsatkan perut ibu sehabis bersalin
Cara Pemakaian : Digunakan mulai hari ke-9 sampai hari ke-28 sehabis bersalin.
Ini yang ketiga. Dia ada 3 step la kiranyaaa HIHI :D
Jamu Bersalin 3 cuma ada 2 kotak sahaja :
Khasiat & Kegunaannnya : Membancarkan, memurnikan & menggiatkan bekerjaanya kelenjar ASI, sehingga bayi akan tumbuh sehat & segar
Cara Pemakaian : Digunakan mulai hari ke-29 sampai hari ke-38 sehabis bersalin.
Tapel Wangi , 3 bungkus :
Khasiat & Kegunaannya : Menyingsatkan / mengencangkan kembali otot otot perut yang telah mengendor, menghangatkan, mencegah perut kembung, mengubati perut mulas & menolak angin bagi para ibu sehabis melahirkan
Cara Pemakaian : Lumutkan secukupnya dengan air hangat & boleh ditambah minyak telon. Sapukan pada perut, seeloknya selepas mandi.
Pilis, 3 bungkus :
Khasiat & Kegunaannya : Membantu meredakan sakit kepala & mata berkunang-kunang pada wanita sehabis bersalin
Cara Pemakaian : Lumatkan secukupnya dengan air hangat. Sapukan pada dahi. seeloknya selepas mandi.
Param Mustajab / Param Mancur , 3 bungkus :
Khasiat & Kegunaannya : Mengubati pegal linu, letih lesu, mencegah menonjolnya pembuluh-pembuluh darah (otot-otot) pada kaki, terutama sehabis melahirka agar badan sihat & segar kembali.
Cara Pemakaian : Lumatkan secukupnya dengan air hangat, boleh ditambah dengan arak putih (spiritus) secukupnya. Lumurkan pada bahagian tubuh yang memerlukannya.
**yang arak putih tu, Syu sendiri tak tau ape ke bendanya HAHA Korang boleh lah tanya dekat orang yang berpengalaman ek ;P
Param Beras Kencur, 3 bungkus :
Khasiat & Kegunaannya : Meredakan pegal linu & nyeri kerana keseleo / salah urut, serta menyegarkan badan
Cara Pemakaian : Lumatkan secukupnya dengan air dingin & lumurkan pada sekujur tubuh.
Bedak Dingin Intisari, 3 bungkus :
Khasiat & Kegunaannya : Membantu menyegarkan & menghaluskan kulit wajah. Dapat digunakan untuk dewasa, remaja mahupun bayi.
Cara Pemakaian : 2-3 butir lumutkan dengan sedikit air dingin atau air mawar. Sapukan pada wajah/kulit.
Minyak Telon Bebiku, 2 botol :
Khasiat & Kegunaannya : Membantu meredakan perut kembung & memberikan rasa hangat pada tubuh bayi. Boleh juga digunakan oleh ibu.
Cara Pemakaian : 5-10 titis sapukan pada dada, perut, punggung & telapak kaki, terutama selepas mandi & bila hawa/udara dingin.
_____________________________________________________________
So, itu adalah diantara khasiat & kegunaan set jamu bersalin ni. Harap ini dapat membantu awak awak semua dalam buat pilihan nak beli jamu ape HIHI :P Nak cakap okay, takbole nak cakap lagi sebab Syu masih belum bersalin HIHI Oh ye, semua kegunaan & khasiat ni Syu copy & paste je daripada keterangan yang diberi sekali dalam set jamu ni :)
InShaaAllah, lepas bersalin & bila Syu dah mula makan set jamu ni, Syu akan cerita/komen pasal set jamu ni ye :D Oh ye, harga set jamu ni RM85. Kakak ipar Syu yang tolong belikan. Tapi, banyak jugak harga yang berlainan. Kawan Syu dapat RM70. So, korang boleh tanya la harganya dekat kedai kedai yang berdekatan ek :P
Bagi Syu, ianya murah & berpatutan. Yela, kalau beli set jamu/set berpantang yang harga ratus ratus tapi takmakan buat ape. Kan dah membazir kat situ :P InShaaAllah, set ini bagus. Sebab mak Syu cakap Air Mancur ni bagus :D Okay lah, till next time! Kita cerita pasal ape plak nanti ? Tungggguuuuuuuuuuu xoxo :)
2 comments:
arak putih tu mmg arak syud. boleh ganti dgn cuka. even masakan pun kalau ada pakai arak putih boleh ganti cuka. :)
Ohhh yeke. Hihi tq atas info 😊
Post a Comment