Followers

Friday, November 27, 2015

Survey Stroller Baby :)

Ehmm. Nak beli stroller pun macam nak beli kereta hokehhhhhh :D Syu study nak beli stroller ni macam nak beli kereta HAHAHA Serius okay! Mane yang mommy-to-be tuuu mesti tauu lah keadaan ni :D Bukan sekejap je kena study, lamaa jugakk study nk beli stroller HAHAHA

Survey lama sangat sangat dah. Hampir 4 bulan jugak lahh Syu & husband survey stroller ni haa. Jalan kat macam macam tempat HAHA Pergi Manjaku lah, Jusco Alpha Angle, SOGO dan banyak lagi tempat lah kitorg dah pergi :)

Dekat expo pun ada jugak survey. Tapi, biasa lah kat expo tak banyak choice. So, Syu lebih suka survey kat mall je sebab banyak choice & bole cuci mata lebih sikit HAHA :P Antara ciri ciri yang Syu ambil kira untuk beli stroller baby ni ialah :

  • Boleh facing foward & rearward. Agak agak nak tengok muka baby sentiasa, kita facing laa baby ke kita. Kalau baby dah besar sikit, mesti mata dia nak tengok macam macam so boleh la tukar ngadap ke depan :P
  • Berat yang agak agak boleh di angkat lah kan HAHA Tapi ni biasanya memang kerja husband Syu lah kot. Bab angkat mengangkat ni memang Syu serahkan kat dia je :P
  • Bila fold saiz nya tak terlalu besar & tak makan banyak space bila nak masukkan dalam bonet kereta nanti.
  • Boleh recline, senang nak handle. Yelah, walaupun selalu tolak troli kat hotel tu, tapi tak sama dengan tolak stroller ni HAHA So, biarlah yang senang nak handle sebab kadang kadang tolak troli kitchen tu pun Syu sangkut HAHA
  • Yang penting, haruslah cantik, menawan tertarik kau memang da bomb! HAHA Over okay. Sape yang nak pakai stroller ni hah? :P
  • Tapi yang paling paling penting ialah HARGANYA LAHHH. Berbelanja ikut kemampuan. Pura pura mampu pun takboleh jugakkkk :D



So, ini adalah pilihan pertama Syu & husband. Sweet Cherry 6. Biasa lahh mak mak budak zaman moden ni, semua nak yang cantik kalau boleh :P Nak roda 3 lah ape lah kan HAHA Yang ni memang Syu berkenan sebab dia menepati citarasa Syu HAHA 3 roda kann. Harga pun bole tahan jugak dalam RM700++ gituu. Tapi, kekurangannya yang Syu nampak ialah, bila fold dia tak compact & makan space laa dalam kereta tu. Stroller ni boleh facing parents jugak cuma tu lah, bila fold tak compact. So, kitorg hold dulu untuk choose yang ni :)

Anddd ia macam Quinny, boleh attach baby carrier kat frame stroller tu. Tu pun salah satu ciri yang Syu berkenan. Yelah, baby NB kan tak reti duduk stroller lagi, so at least kita attach baby carrier untuk keselesaan baby lah :D Berat SCR6 ni dalam 8.4kg. Hmmmm, kategori ringan jugak ni :P


Yang ni pun dari Sweet Cherry. Tapi, taktau lah pulak model ape. Mungkin dia under Sweet Cherry yang limited edition ke ape ke kan :P Berkenan dengan coraknya aje sebenarnya HAHAHA Kitorg nampak stroller ni dekat Jusco Alpha Angle. Harganya around RM450++ gituu. Untuk baby carrier tu tak ingat la pulakkk harganya HIHI Yang takbestnya stroller ni, nak attach baby carrier tuu kau attach jelaa terus kat situ. Takde nak bukak bukak & attach kat frame stroller tu. Bila dah attach terus, dia jadi tak menarik HAHAHA Macam tak up-to-date la kononnya HAHAHA Husband geleng kepala je :P And one more, bila fold dia besooooooo. So, cancel terus HAHA


Quinny Buzz :D Yang ni menjadi pilihan sebab roda 3 HAHAHA Tapi ape yang lagi penting, seat tuuu memang nampak selesa untuk baby. Takpayah nak letak stroller pad pun takpe kot rasanya HIHI Tapi, harganya memang agak menarik HAHAHA Harganya dalam RM1600++ Memang agak mahal lah kan harganya. tapi, beli barang yang mahal & bole pakai lama, bagi Syu berpatutan lahhh harganya :P

Tapi tapi tapiii! Berat nya around 11.4kg! Berat sangat dah tuu, taklarat lah Syu nak angkat HAHA Plus, rodanya besar. Ada sebab kenapa roda besar tuu. Macam yang salesgirl tu cakap, roda besar ni sesuai kalau nak bawak berjalan dekat taman. Kiranya stroller ni stable if korang bawak kat park yang ada batu batu tu kan. Tak bergegar & tak menggangu baby. Ini yang bagusnya lahhh roda besar ni. Tapi, bila fold memang takbole terima HAHA Disebabkan oleh rodanya yang besar, maka untuk fold tu pun jadi besar lah. Memang akan makan space yang banyakkkkk.


Ehem, ini lah stroller idaman kalbu ibuuuuu :P Harganyaaa bole tahannn jugakkk. Tapi haritu masa Merdeka, Quinny SOGO tu buat sale kaw kaw punya untuk stroller Quinny Zapp Xtra 2.0 ni. Harga daripada RM2399 terus jadi RM1799. Beza RM600 tuuu. Tapi, masa tu fikir kalau nak beli, masih awal & masih perlu study lagi untuk beli stroller ni HAHAHA

So, berat stroller ni around 9.0kg je. Ringan jugak kannn berbanding Quinny Buzz tu. Mungkin sebab rodanya kot HAHA Yang ini 3 roda & rodanya kecik je. Bila fold, memang sangat sangat compact & jimat ruang dalam kereta tu. Boleh facing & rearward, pendek kata, ada semua ciri yang Syu nak tu HAHAHA Dan boleh attach kan terus car seat maxi cosi tuu. Kalau baby tengah tidur dalam car seat tu & kita taknak bagi baby terjaga, kita boleh terus attach je car seat tu kat frame stroller ni. Btw, stroller ni boleh digunakan untuk NB until 4years. Jimat kan? Walaupun harga dia mahal, tapi berpatutan lahh rasanya :D


So, ini lah new collection from Quinny. It is Quinny Zapp Xtra 2.0 2015. Ada limited edition color pulakkk! Sangat sangat lahh cantikkkkkk *ibu jatuh cinta* HAHAHAHA Syu berkenan dengan color yang ala ala coklat tuuu tapi husband suka Blue Pastel. Yang tu pun cantik jugak HAHA Tapi, harga untuk limited edition color ni tak sama ye dengan yang biasa tuuuu. Dah nama pun limited edition, so harga pun lain macam sikit lah kan HAHA Untuk sekarang sampai akhir bulan ni, harganya ialah RM1919 & free bumper bar. Itu ajelahh promotionnya. Untuk bulan seterusnya, taktau lah promotion ape pulak dorang buat :P


Alright, yang ni Infant Car Seat from Doona. Bagi Syu ianya sangat compact & memang jimat space pun sebabnya korang tak perlu nak sumbat dalam bonet pun. Korang boleh terus fold je & ia akan bertukar kepada car seat! HIHI So, dia macam car seat stroller? Maybe? Sesuka hati aku je bagi nama HAHAHA Ada jugak tunjuk dekat husband, dia macam berminat jugakkk :P Tapi, bila Syu survey, stroller ni ialah untuk NB sampai 13kg. So, it means, dalam setahun jelaaa. Then baby dah besar kena beli yang baru pulakkk. 

Harga untuk Doona ni ialah RM2299 & sekarang ada promotion, which is only RM2099. Infant Car Seat Doona ni jugak dah diuji & dah diluluskan untuk penggunaan dalam pesawat. So, untuk ibu ibu yang suka travel, rasanya ini sesuai lahh untuk anda :P Berat Infant Car Seat ni cuma 7kg je. Yeahh sangat light! Tapi tu lahhh, cuma boleh guna until baby 13kg je. So, cannot choose to buy it :D

Agak-agaknya stroller apa yang Syu & husband pilih? Kita tunggu dan lihat jelahhhh :P Bila baby dah keluar, kita upload gambar baby dalam stroller HAHA Okay guys! Harap ini dapat membantu laa sikit. Till next time :)

Thanks for reading , Leave your comment please :)

No comments:

Post a Comment