Followers

Sunday, July 18, 2021

Dalam tak sedar, dah besar dah anak bujang kita niiii HUKHUKHUK Dah masuk sekolah dah tahun ni, 5 years. Walaupun umur belum sampai 5 tahun, tapi engko duduk Malaysia, kena ikut la rules ye HAHAHA Alhamdulillah, pencarian nak masukkan Arsyad ke sekolah, tak semudah yang disangka HAHAHA Memang buntu la weiii nak sekolahkan dia kat mane.

Sebab Arsyad tak berapa friendly. Bukan sebab ape pun, dia memang duduk rumah dengan Syu, jadi dia tak biasa dengan orang luar sangat. Kalau bawak keluar pun, dia tak akan campur sangat dengan orang melainkan dengan orang yang dia selesa. Ataupun kalau pergi indoor playground. Kadang ada jugak la kawan yang dia boleh click. 

So, kitorg decide anto dia sekolah yang dekat dengan rumah aje laaa. Sebab ibu dia ni dah lama tak drive. 5 tahun ada lesen tapi PERAM! HAHAHAHA Renew je lesen tapi tak bawak kereta kahkahkah. So, disebabkan Arsyad dah mula sekolah, memang ibu kena belajar la drive semula. Cuak? Gila tidakkkkk, gigil ye drive! Adoi takpela, nanti lama-lama biasa la kot kannn.


Gituh, gigih tak? HAHAHAHA Kemain susah nak cari kasut dia. Sebab abi dia cerewet sikit. Kasut biar mahal janji anak selesa. Baguihhhh bapaknya ye. Uniform dia pinky winky weii. Alaaa comel betul. Beg itu dipilih sendiri oleh Arsyad, so botol air dia tu pun kitorg cari yang match laaa. Siapa yang nak sekolah ni? Anak ke maknye? HAHAHA


Yeee, nampak macam ready nak pergi sekolah kan? Ibunya lupa tuck in bajuuu sekolah tu HAHAHAH Teruk betuiii. Sampai sekolah ingatkan takde drama. Tipulaaaaa takde drama, kita dulu sekolah pun banyak drama kan? HAHAHA

Tu diaaa menyorok HAHA

Masa dah naik kelas, teacher dia cakap dah, lepas ni parents kena balik. Kitorg hantar la dia sampai atas. Eh drama lagiiii. Siap nangis melalak-lalak wei taknak kitorg tinggalkan dia HAHAHA Adoi. Lepas tu Principal dia naik, suruh kitorg keluar je, nanti dorang handle Arsyad. So, bila Principal dia dah ambik dia, kitorg cepat-cepat keluar kelas tu. Turun bawah & start enjin moto. Dengar weh suara anak aku nangis! HAHAHAHA Kelas dia kat atas, kitorg kat bawah boleh dengar! Betul kuat wei HAHAHA Adoi laaaaa.

Ni masa dah balik. Tengok la muka member tak puas hati ye HAHAHA Adoi laaaa. Kesian pun ada tapi nak buat macam mane. You have to go to school sayang. Its a learning process. Kitorg siap tanya teacher dia, lama ke dia nangis lepas kitorg tinggalkan dia tu. Teacher dia cakap kejap je. Bagi main plasticine dengan colouring, so dia diam dah. Tak nangis & dah boleh ikut aktiviti teacher buat. Alhamdulillah. Tapi hari kedua pun drama lagi HAHAHA Memang take time kann. Dalam sebulan jugak la Arsyad nak sesuaikan diri dengan rutin baru dia ni.

Masa ni main plasticine

Teacher buat aktiviti colouring

Alhamdulillah. Harapnya nanti dah bukak sekolah semula, takde la drama macam hari pertama sekolah! Jenuh nak layan weii! Lama sangat dah dorang ni cuti kan HAHAHA Waktu tidur pun dah kelaut dalammmmm. Aiyooooo. Okay korang, till later!

Salam sayang,


Thanks for reading , Leave your comment please :)

No comments:

Post a Comment