Followers

Wednesday, July 29, 2020

♥Malacca Part 2♥

The next day, kitorg lepas checkout tu kan, pergi la jalan-jalan sekitar Melaka. Tapi jalan dalam kereta je HAHAHHA Sebab panas terik plak, kesian anak-anak je. BFF kite pi Zoo Melaka dah. Kitorg head to Menara Taming Sari. Sampai sana memang tutup untuk penyelenggaraan. So, memang takde rezeki la nak naik Menara Taming Sari kalini, kena repeat lagi la kot nanti? HAHAHA

Kitorg singgah Arked Samudera tu sebab nak beli ole-ole sikit. Lepas dah beli belah kat situ, kitorg terus shoot ke Ayer Keroh untuk check in next hotel. Tak sabor nak check in situuu sebab tengok dalam website macam seronok sangat! HAHAHHA Tapi sebelum tu sempat laaa kitorg jalan-jalan cari makan sat HAHAHAH Try mende viral wei HAHAHA




Keria Limbongan makan time panas sodap yumyum. 
Coconut shake Klebang semua pun tau kann.



Amacam? Nampak menarik kan? HAHAHAH Memang best pun wei! Kitorg check in Ahad pun ramai jugak orang. Tapi bagi Syu emmang berbaloi la check in sini. Memang jauh sikit dari bandar tapi, korang dah tak payah susah nak pi waterpark dah. Pool untuk kids dah macam waterpark dah weii HAHAHAHA So, pergi sini aje lahh korang. Pool untuk adult pun ada jugak ye. So, jangan risau. Sama adil HAHAHAA




Kitorg ambik twin bed. Bilik selesa, sejukk yeeeee. Malam selimut sampai muka HAHAHAHA Oh ye, rasanya setiap bilik dia memang ada bath tub, so boleh la korang berendam sepuasnya ye! Ayah-ayah bawak anak-anak pi pool, kasi chance la mak-mak nak manjakan diri kat dalam bilik sat kannn. Ape salahnyaaaaa. Ape yang penting? Kerjasama HAHAHA Bilik luas & memang selesa, jangan risau la ye. 




πŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œ

Paling seronok? Mesti la anak bujang tuuuu. Mula-mula takut, lepas tuuu dia ada turun satu slide tu, maybe air terpercik kat muka dia, lepas tu taknak dah naik semua slide. Adoiii. So, dia dok main slide kecik ni jelaaa ulang-ulang sebab yang tu je tak percik air kat muka HAHAHA Adoi laaa anak. Itu takpe lagi, adik dia lagi terukkkk. Langsung taknak lepas dengan abinya, nak berpaut jeeeee. Lepas tuuu dengan berdiri tu, dia buat gaya menyelam, kau ghase?? Adoi, tepuk dahi je ibu engko ni HAHAHA

Dah sudah berendam, marilah pulang ke bilikkk. Ye, lepas check in memang terus tukar baju & terjun kolam wei HAHAHAH Pool ni dia ada time bukak & tutup. Tak sure start dari Covid ni ke atau apeeee.

2 SESSION
8 am-12 noon
2 pm - 6pm

So, balik bilik & mandi-mandi sebab nak pergi makan. Mula-mula nak order je food panda tapi macam tak masuk pulakkk la. So, kite keluar la mencari makannn ah gitchuuuu. Anak-anak pun dah kelaparan setelah berendam dalam kolam. Alaaaa padahal mandi dalam sejam lebih je HAHAH Kitorg pergi makan kat Nasi Ayam Baba. Kawan recommend. Boleh laaaa, takde la tak sedap tapi boleh laa. Air limau asam boi dia sodap HAHAHA Syu bukan penggemar nasi ayam, so tak reti nak bagi rate HAHAHA Tapi, korang boleh try laaa kalau nakkkk. Dah alang-alang sampai kan. Lagipun tak jauh dari resort tu punnn.



Esok pagi pergi breakfast, lepas breakfast, bawak anak-anak pergi indoor playground pulak. Sebab semalam dah mandi pool kan & haritu nak check out dah. So kita light light jela, bawak pi indoor je sebab outdoor playground panaih lit lit, kesian anak-anak. So bila dah masuk dalam tu, kemain seronok ye dak Nuha. Nak nak lagi memang takde orang, haaaa heaven on earth katenya HAHAHA Main la korang sampai lebam. Memang banyak aktiviti yang boleh korang buat. Macam ATV, paintball, ape tah lagi tapi memang banyak & tak rugi punnnn datang situuu.

Outdoor Playground yang panaih lit lit

Indoor Playground

So, korang yang ada anak-anak, boleh la bawak pi sini. Memang best & berbaloi. In Syaa Allah ade rezeki lain, nak bawak lagi anak datang sini. Seronok tengok dorang enjoy & happy. Dah balik pun dok cakap-cakap lagi pasal resort ni. Nah korang layan gambar pool okay, confirm korang membuak-buak nak pergi sana cepat! HAHAHAHA







Till we meet again
AMVERTON HERITAGE RESORT MALACCA
πŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œ
Salam Sayang,

Thanks for reading , Leave your comment please :)

No comments:

Post a Comment