Followers

Thursday, November 26, 2015

Set Jamu Bersalin Lengkap - Air Mancur


So harini kita cerita pasal set jamu lah pulak :D Nampak benda ni macam tak penting kan. Tapi, set jamu untuk kita ibu ibu yang lepas bersalin ni sangat sangat lah penting. Takkan nak cantik luaran je kann. Dalaman pun kenalah cantik, ye dokkk ? :P Baru lahh cik abang makin saaaaayaaaanggggggg :D

Lama jugak Syu survey untuk set berpantang ni haaa. Memang susah nak buat pilihan. Lagi lagi sekarang ni dah banyak sangat dahh set jamu ada jual kat pasaran. Tinggal pilih & bayar je kan :D Tapi, lepas dah survey & tanya org org yg berpengalaman, Syu pilih untuk ambil Set Bersalin Lengkap Selapan dari Air Mancur. Produk ni datangnya dari Wonogiri-SOLO-Indonesia.


Ramai tau kan, orang Indonesia bab jamu ni memang terbaik lah kan. So, why not kita cuba kan :D Set jamu ni ada 2 pilihan. Ada yang PIL dan ada yang SERBUK. Syu pilih serbuk atas permintaan husband Syu. Sebabnya, dia cakap serbuk lagi elok walaupunnn rasanya mungkin macam hmmmmm -___- Tapi, benda yang taksedap tu lahhh yang lagi elok sebenarnya kan :)

So, yang di atas ni Jamu Bersalin 1 cuma ada sekotak je sebab tempoh untuk minum tk lama pun :

Khasiat & Kegunaannya : Sangat berguna bagi wanita untuk membersihkan rahim sehabis melahirkan

Cara Pemakaian : Digunakan sejak hari ke-4 sampai hari ke-8 sehabis bersalin.


Yang kedua ni banyak sikit. Ada 4 kotak. Setiap kotak ada 10 paket ye. Kalau yang pil tu Syu tktau lah pulakk HIHI Korang boleh lah survey kat kedai kedai jamu yang berdekatan ek :P

Jamu Bersalin 2 ada 40 bungkus:

Khasiat & Kegunaannya : Memulihkan kesihatan & kesegaran, mengecilkan rahim serta menyingsatkan perut ibu sehabis bersalin

Cara Pemakaian : Digunakan mulai hari ke-9 sampai hari ke-28 sehabis bersalin.


Ini yang ketiga. Dia ada 3 step la kiranyaaa HIHI :D

Jamu Bersalin 3 cuma ada 2 kotak sahaja :

Khasiat & Kegunaannnya : Membancarkan, memurnikan & menggiatkan bekerjaanya kelenjar ASI, sehingga bayi akan tumbuh sehat & segar

Cara Pemakaian : Digunakan mulai hari ke-29 sampai hari ke-38 sehabis bersalin.


Tapel Wangi , 3 bungkus :

Khasiat & Kegunaannya : Menyingsatkan / mengencangkan kembali otot otot perut yang telah mengendor, menghangatkan, mencegah perut kembung, mengubati perut mulas & menolak angin bagi para ibu sehabis melahirkan

Cara Pemakaian : Lumutkan secukupnya dengan air hangat & boleh ditambah minyak telon. Sapukan pada perut, seeloknya selepas mandi.


Pilis, 3 bungkus :

Khasiat & Kegunaannya : Membantu meredakan sakit kepala & mata berkunang-kunang pada wanita sehabis bersalin

Cara Pemakaian : Lumatkan secukupnya dengan air hangat. Sapukan pada dahi. seeloknya selepas mandi.


Param Mustajab / Param Mancur , 3 bungkus :

Khasiat & Kegunaannya : Mengubati pegal linu, letih lesu, mencegah menonjolnya pembuluh-pembuluh darah (otot-otot) pada kaki, terutama sehabis melahirka agar badan sihat & segar kembali.

Cara Pemakaian : Lumatkan secukupnya dengan air hangat, boleh ditambah dengan arak putih (spiritus) secukupnya. Lumurkan pada bahagian tubuh yang memerlukannya.

**yang arak putih tu, Syu sendiri tak tau ape ke bendanya HAHA Korang boleh lah tanya dekat orang yang berpengalaman ek ;P


Param Beras Kencur, 3 bungkus :

Khasiat & Kegunaannya : Meredakan pegal linu & nyeri kerana keseleo / salah urut, serta menyegarkan badan

Cara Pemakaian : Lumatkan secukupnya dengan air dingin & lumurkan pada sekujur tubuh.


Bedak Dingin Intisari, 3 bungkus :

Khasiat & Kegunaannya : Membantu menyegarkan & menghaluskan kulit wajah. Dapat digunakan untuk dewasa, remaja mahupun bayi.

Cara Pemakaian : 2-3 butir lumutkan dengan sedikit air dingin atau air mawar. Sapukan pada wajah/kulit.


Minyak Telon Bebiku, 2 botol :

Khasiat & Kegunaannya : Membantu meredakan perut kembung & memberikan rasa hangat pada tubuh bayi. Boleh juga digunakan oleh ibu.

Cara Pemakaian : 5-10 titis sapukan pada dada, perut, punggung & telapak kaki, terutama selepas mandi & bila hawa/udara dingin.

_____________________________________________________________

So, itu adalah diantara khasiat & kegunaan set jamu bersalin ni. Harap ini dapat membantu awak awak semua dalam buat pilihan nak beli jamu ape HIHI :P Nak cakap okay, takbole nak cakap lagi sebab Syu masih belum bersalin HIHI Oh ye, semua kegunaan & khasiat ni Syu copy & paste je daripada keterangan yang diberi sekali dalam set jamu ni :)

InShaaAllah, lepas bersalin & bila Syu dah mula makan set jamu ni, Syu akan cerita/komen pasal set jamu ni ye :D Oh ye, harga set jamu ni RM85. Kakak ipar Syu yang tolong belikan. Tapi, banyak jugak harga yang berlainan. Kawan Syu dapat RM70. So, korang boleh tanya la harganya dekat kedai kedai yang berdekatan ek :P

Bagi Syu, ianya murah & berpatutan. Yela, kalau beli set jamu/set berpantang yang harga ratus ratus tapi takmakan buat ape. Kan dah membazir kat situ :P InShaaAllah, set ini bagus. Sebab mak Syu cakap Air Mancur ni bagus :D Okay lah, till next time! Kita cerita pasal ape plak nanti ? Tungggguuuuuuuuuuu xoxo :)

Thanks for reading , Leave your comment please :)

Sunday, November 22, 2015

TCE Baby Expo 2015

Assalamualaikum you olss! Haaaa nak cerita ni, haritu gigih laaa cakap taknak beli apa apa dahh. Manemane expo pun tkde pergi dah sebab dah sarat kan? Haah, yela tuuhh. Seorang Syuhada dan berjalan memang takdapat dipisahkan :P Husband pun gigih melayannn. Tq husband, you're the best husband ever! 


Haa, ketiga tiga ni blanket baby. Syu cari yang hooded sebab baru laaa baby nampak comel kalau pakai yang ada hooded tu kan :P Yang hijau & biru tuu beli kat Manjaku je harituu. Yang biruu tu macam ala ala balduu. Alahai, sedap betul kainnya, mesti baby lena tidur nanti :P Harganya dalam RM35 kot, lupa dah HAHA Yang hijau tu pulak RM28 gituu rasanyaaa. Yangg putih tu beli semalam laa kat expo MidValley! HIHI RM18 je okay! Pureen buat harga kaw kaw punyaa murah. Semua orang borong banyak gilaaaa Syu tengok! Syu ni sebab dah cukup je, kalau tak memangg saukkk semuanya :P


Baju lagi lagi dan lagi HAHAHAHA Baju ni harganya RM10 je! Kat expo lah ni, Pureen jugakkk. Memang murah murah laaa baju semuanyaaa. Syu baju dah cukup so kita cuma beli sepasang untuk tambah tambah je :P Cukup cukup lahh beli baju. Kena tahan nafsu dahh ni sebenarnya HAHA


Haaa, yang sebenarnya nak pergi expo tuu, nak beli ini ajeeee. Beli topi untuk baby sebab topi tak banyak sangat. TAK BANYAK LAH SANGAT KAN :P Laki cheq pasrahh jeee, ikut ajeee kehendak isterinya ni :D So, yang kelabu and bear biruuu tu kitorg beli untuk 2, RM10. Kalau satu, RM6.50. Beli dua untung la kan :D Yang polkadot tuu RM13. Yang dua didepan ni beli kat booth Pureen. RM10 je okay! Kan dah cakap, Pureen bagi harga yang memang takdapat laaaa kat kedai biasa tuuu :D Ape lagi, beli lahhhh kan. Tapi sayang, corak tak berapa bnyak sangat. Banyak pink woiii. Mak mak yang baby girl tuu bole lahh borong, hihi :D


Alright, yang ni Baby Bath Support. Sesuai lah kot untuk mak mak yang takpandai nak pegang baby waktu mandi kan baby. Contohnya, Syu la :D Syu takpernah mandikan baby, takde adik kan so memang takde pengalaman la kann nak mandikan baby. So, Syu mintak husband belikan. At least Syu boleh laa belajar slow slow macam mane nak mandikan anak nanti :D RM14 jer & boleh support untuk semua baby bath tub tuuu. Yang Syu beli ni Deluxe, yang gambar atas tu :D


Yang ni kipas nak letak kat stroller lah kannn. RM17 je. Taktau lah nak cakap murah ke tak sebab tak pernah survey pun benda ni. Semalam husband nampak, dia suruh beli je terus. Lagipun, kipas ni tak guna bateri pun. Cuma guna USB cable je & boleh gunaa up to 4 hours. Nak charge cuma 1 hour je. Kalau tengah jalan jalan tu bateri dah habis, boleh laa charge guna powerbank korang je. Zaman sekarang, tipu lahhh kalau mak mak or bapak bapak takde powerbank kan :P


Yang pulakkk untuk stroller jugak. Untuk keselesaan baby lah kan. Cuma RM45 je after promotion. Kalau harga sebelum ialah RM55. Mula mula macam taknak beli. Husband cakap kita jalan dulu laa tempat lain. Dah habis pusing expo tu, takde pulak yang macam ni. Ada satu booth tu je yang jual tp mahal sangat la pulak, RM60 & corak dia more to cartoon macam Hello Kitty semua tuuu. I tak berkenan la pulakkkk. Husband ajak laa pergi kedai ni balik. Kitorg cari corak ladybird tapi dah takde katenyaaa. Pastu akak tu dia tunjuk laaa yang corak yang ni. Not bad jugakkk so kitorg decide terus ambil corak yang ni. Dia cakapp, yang ni baru je siap jahit malam sebelumnya sebab ramai customer tanya corak yang ni. Rezeki baby laa ni dapat yang baru jahit :P


Yang ni pulakk status husband sayaaa HAHAHAHA nasib lahhh husband dapat bini suka berjalannnn. Tapi dah hujung hujung ni memangg bagus banyak berjalan. Senang bersalin kate orangg :D Tq husband sebab bawakkk jalan jalan mane jeee sayang nakk. I love youuu :D

Alright guys, till next time :)


Thanks for reading , Leave your comment please :)

Saturday, November 7, 2015

Barang Kelengkapan Bayi ( Part III )

Tak habis habis lagi shopping HAHA :P Rasanya yang ni last episod shopping kot. Semalam jalan jalan kat SOGO, pinggang pun dah mula sakit sakit. Rasanya, lepas ni exercise kat rumah jelaaa. Episod shopping haruslah dihentikan :P



Baju & barang ni Syu beli dekat Manjaku. Lama dah beli tapi lupa nak update HAHA So, memang Syu mencari sangat sangat kan baju jaring jaring gitu. Jumpa jugak la kat Manjaku tu, RM10 kot, tak ingat dah HAHA Brand FIFFY. 

Beli jugak botol susu. Standby aje. Tapi, Syu beli yang besa terus la pulak HAHA 9oz tu haaaa. Brand Tomee Tippee, RM41.90. Husband bagi green light, kita ambil jela kann :P Bottle brush tuu RM14.90 & puting untuk botol susu tu pulak RM13, Brand Pigeon. BFF Syu cakap, brand Pigeon ni putingnya keras sikit. NUK lembut. Takpela, nanti cuba dulu, kalau tak sesuai baru kita tukar yang lain :P


Baby wipes ni beli kat Jusco Wangsa Maju je, RM15.90 sebab ada promotion :D yang bestnya dapat refill pack, itu yang beli jugak tuu. Ramai orang cakap, baby wipes banyak gunaa, so kena standby la banyak banyakk. Daripada beli yang kecik kecik tu, hah, kita beli yang besarr terus, kan senang :P 


Al-kisahnyaa, Syu memang nak beli sangat sangat grooming set Tomee Tippee ni. Puas laa cari kat online ape semuaa. Tapi, semuanya habis stok la, takdapat kelulusan sirim lagi laa and so on. Nak kena tunggu sampai Malaysia la sebab ianya dari UK. Haritu ada online IG ni jual tapi ada 2set je & 1st come 1st serve la kan. Takde rezeki baby agaknya, so takdapat laa nak beli. Lagipun, 2 set je tinggal, memang mustahil la kannn sebab memang ramai sangat mommies cari grooming set ni, bukan Syu sorang je. 

Kenapa nak yang ni jugak? Bagi Syu, sebab ianya senang, semua ada. termometer pun ada & harga pun affordable. Haritu pergi SOGO, tanya la kat staff yang jaga booth Tomee Tippee tu, & Syu tunjuk laa gambar grooming set tu. Dia cakap, Tomee Tippee dah TAK PRODUCE DAH GROOMING SET NI. Alahai, kecewanyaaaa HAHAHA Meman takde rezeki la nampaknya. Staff tu pun cakap, ramai yang cari tapi memang dah takde dah. So, end up, Syu ajak je husband beli grooming set asing asing HAHAHA


Haaa, tu lah dia. Beli asing asing. Nak buat macam mane kan HAHA Semalam pergi SOGO & beli laa ape yang patut. Episod shopping part last kan HAHA Husband tukang layan :P Oh ye, SOGO skrg ada SALE sebab Deepavali dah taklama kann. So, barang barang yang Syu beli semalam, ada lah jugakk diskaun sikit sikit HIHI So, semua ni harga SALE :P

1. Mickey & Minnie Brush & Comb - RM8.01
2. Mickey & Minnie Silicone Toothbrush - RM8.01
3. NUK Nasal Decongester - RM15.60 
4. Tomee Tippee Baby Scissors - RM12.64
5. Tomee Tippee Baby Nail Clippers - RM11.80


Biasalah perempuan kan, nampak apa je nak beli HAHAHA Nasib baik lahh dapat husband jenis melayan je kehendak isterinya :D Bahagia je rasa WAKAKAKAKA :P Nak mengelak daripada beli baju baju, so kitorg beli laa aksesori lain untuk baby HIHHI :P So, ni semua harga SALE jugak :D Seronok kemain kan shopping time SALE HAHAHA

1. NUK Bathtime Sponge - RM10
2. NUK Soother Chain - RM14.80
3. NUK Orthodontic Soother - RM19.12
4. Anakku Cotton Buds - RM5.50
5. Anakku Baby Powder Case - RM8.90


Yang ni memang takbole terlepas nak beli AHAHAHA Sebab comel sangat mittien & bootie ni :P Husband yang pilih jugak, so ambil jelaaaa HAHAHAHA Yang sarung kaki brand Tenderly tu RM8.91. Bootie & Mitten tu pulak RM6 je harga SALE. Yang warna putih tu brand Cuddles, RM7.50. Ada sesetengah brand takde SALE. So, masa shopping tu, rajin rajin lah belek harga ye HIHI :D


Haritu dah beli bantal karipap tu kan. So, semalam kita beli bantal golek ni pulakk. Nasib baik ada corak yang sama! Ni pun tinggal 2 je dahh. Rezeki baby, HIHI So, bantal ni brand BumbleBee. Harganya SALE pulakkk ialah RM13.48. Dan yang terakhir, barut baby tuuuu buat sendiri je. Untung ada mak tukang jahit ye HAHA Umie beli kain semeter je & dapat 7 helai barut baby. Buat masa ni cukup la kot 7 helai. Tak cukup baru buat lagi :D Daripada nak beli barut yang macam macam jual skrg, mahal. Sehelai ada yang RM8 gitu. Alahai, selagi boleh jimat, kita jimat lah eh. Ambil alternatif lain ke kann :D Maklumlah, skrg barang semua mahal, ade GST lagi. Jadi, kita kenalahhh jadi pengguna yang bijak! HIHIHI

Okay lahh, till next time! Syu bebel lagi nanti ehh :D


Thanks for reading , Leave your comment please :)