Followers

Tuesday, October 6, 2015

Honeymoon (Part IV)


Akhirnya. destinasi yang terakhir, which is Kota Bali. Memang sesuai agaknya untuk orang yang nak ber-honeymoon :D So, kitorg stay dekat Grand Istana Rama, Kuta Bali untuk 2malam. Dapat lahh relaks lama sikit kan. Masuk je dalam bilik, nampak swan comel atas katil. Awwwww, hilang penat semuaaaa ;D

Kitorg sampai Bali around 7.45pm macam tu la. Naik flight di Surabaya 6.45pm. Taklama pun perjalanan nak ke Bali ni. Sampai airport, our tour guide dah sedia menunggu, Mas Doy. Terus bawak kitorg check in sbb dah malam & penat berjalan kat Kota Malang tu pun takhabis lagi HAHAHA


Besoknya, pagi pagi lagi lepas breakfast kitorg dah siap siap dah untuk berjalan. Mas Doy dah pesan kalau nak jalan lama kena keluar awal pagi. Syu & husband on je :D So, destinasi pertama ialah Tegalalang Rice Terrace. Masa kitorg datang ni, dorang dah tuai semua padi katanya, itu yang tak cukup hijauu dekat gambar. Kalau nak tau macam mane gambar yang sebelum dorg ambil semua untuk tuai, korang boleh search kat Google :P Kat sini kitorg cuma bergambar aje :P


Destinasi seterusnya, ke kedai kopi Luwak. Mas Doy bawak kitorg singgah sini untuk cuba sagala macam jenis kopi & teh. Semuanyaaaa percuma sajaaa kecuali Kopi Luwak. Disebabkan Luwak tu cuma memilih biji kopi yang terbaik, kopinya pun mahal lahh. Sebab tu kalau nk minum Kopi Luwak kena bayar :P

Alaa, bukan selalu kan. Kalau korg nak cuba, ambil segelas je dah cukup, lepas tu kongsi je ramai ramai :D Paling Syu suka ialah Teh Manggis & Bali Coconut Coffee. Memang sedap! Kitorg ada beli jugak untuk bawak balik, tapi sampai sekarang tak minum lagi :P


Macam macam ada jual kat sini. Paling mahal ialah Kopi Luwak. Kopi Luwak ni ada cerita nya sendiri. Kitorg difahamkan, dorang akan bagi Luwak (sejenis binatang) biji kopi, tapi, Luwak tu cuma akan makan biji kopi yang TERBAIK SAHAJA, yang tak elok dia tak pandang :P Jadi, bila dah makan biji kopi tu, mesty la akan mengeluarkan sisa pepejal kan (buang air besar) :P jadi, dari situ lah terjadinya Kopi Luwak. Najisnya dibersihkan dan disangai untuk dijadikan kopi. Ini serius tau bukan main main, boleh google kalau tak percaya :P


Destinasi seterusnya, Gunung Kintamani. Kitorg lunch kat salah satu kedai makan yang betul betul berhadapan dengan Gunung Kintamani tu. Tenang je nak makan masa lunch tu, cewahhhhh :) Kitorg ambil buffet which is dorang sajikan makanan Indonesia la kan. Takkan makanan kita pulak ye dok :P

Suasana kat atas? Sejuk & nyaman sekali. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2jam dah boleh buat Syu tertidur dalam kereta. Sebab tu Mas Doy singgah dulu kat Kedai Kopi Luwak tu, bagi kitorg minum kopi supaya tak ngantok.


Untuk sehari tu memang banyak tempat kitorg pergi. Mas Doy dah arrange tempat untuk dia bawak kitorg. So, seterusnya, ke Pantai Pandawa. Sangat sangat cantik. Air laut yang sangat biru. Kata Mas Doy, pantai tu tak ramai pelancong yang tau kecuali orang tempatan sana. Kiranya baru discover laa tempat tu. Masa kitorg sampai memang ramai orang tempatan daripada pelancong. Kiranya, kitorg bertuah lah kot Mas Doy bawak datang situ :P Sape yang suka water sports, memang sesuai lah kesini. Syu & husband cuma bergambar aje :P


Yang ni tempatnya somewhere near Ubud. Syu dah lupa nama tempatnya HIHI Kat sini takde ape pun sebenarnya tapi untuk korang yang suka bergambar & suka nature, memang sesuai lah sini. Dekat bawah sikit tu ada kuil kecik tapi perempuan yang datang bulan (period) tak dibenarkan turun.

Ada sorang minah salleh ni, dia datang bulan tapi dia nak jugak turun sebab nak tengok kuil kecil tu. Masa dia balik, ada benda yang ikut dia. Bila tanya datangnya dari mane, jawabnya dari kuil kecil yang minah salleh tu masuk tadi. So, kena lah hantar balik ke tempat asalnya. Jadi, kalau tour guide korang kate TAKBOLEH means takboleh lah okay. Pantang larang dorang kita kena lah ikut sebab kita pun ada kat tempat dorang kan :)


Seterusnyaa, tempat paling best! Uluwatu Temple. Buat ape sana? Tengok Kecak Dance la. Kalau korang ke Bali, jangan lupa singgah sini untuk tengok Kecak Dance & sunset at the same time. Kecak Dance yang tak ada alat muzik. Semuanya guna suara dorang je. Memang kagum lahhh. Korang tak patut lepaskan peluang untuk tengok kalau korang ke Bali okay! 


Bayaran untuk masuk tak kira pelancong atau tempatan, sama je harganya. Kalau tak salah Syu harganya RP100,000 untuk seorang. Persembahan hampir sejam & dapat tengok sunset jugak, bagi Syu berbaloi. Kitorg datang lambat so dapat tempat pun kat atas atas je la. Kalau korang nak feel lebih, datang awal and duduk lah kat bahagian bawah. Tapi, memang kena awal sbab kata Mas Doy, 2/3 jam sebelum mula pun dah ada orang duduk situ sebab nak tempat paling depan.

Uluwatu Temple pun ada pantang larangnya. Untuk lelaki & perempuan yang pakai seluar pendek/skirt & yang sewaktu denganya, kena pakai sarung untuk menghormati kesucian temple itu. Sarung dah disediakan pun, cuma tinggal nak pakai aje. Untuk yang memang dah sedia pakai seluar panjang & so on, korang cuma perlu ikat kain di pinggang sahaja. Juga disediakan tapi kena pulangkan balik sebelum keluar okay :)


Destinasi terakhir sebelum pulang ke hotel, Jimbaran. Tempat paling famous untuk pasangan yang ber-honeymoon ataupun tidak. Dinner kat tepi pantai you olls. Romantik sangat kann :P Kalau korang pergi sendiri, pandai pandai lah pilih kedai ye. Dah nama pun tepi pantai, mesti lah harganya pun di tepi pantai :P Syu & husband dapat restoran yang memang betul betul tepi pantai. Ada restoran lain tak sampai pun tepi pantai. Kat sini makan seafood lah yang famous. Jadi, kalau korang nak makan, pandai pandai memilih & kira lah harga dulu ye :P Takut nanti masa bayar terkejut pulak dengan harganya HAHA Kitorg makan berdua pun hampir RM100. 



Dah siap dinner, Mas Doy hantar balik hotel. Tapi, masa on the way balik hotel tu, husband nampak kedai Giordano. Katenya nak singgah & dia suruh Mas Doy turunkan kitorg kat situ & nanti kitorg balik jalan kaki je ke Hotel. Mas Doy punya risau, tapi dia turunkan jugak sbb husband insist nak turun jugak HAHAHA Dia nak beli jugak sebab katenya kalau di Bali, I love Bali la. Kalau kat KL kan I Love KL. Nak ada kenangan katenya. Nak beli baju kat Hard Rock, maaflah, tak mampu nak beli. Yang ni pun jadilah :) Lepas habis shopping, teruskan perjalanan nak balik ke Hotel. Ingatkan dekat, rupanya jauh gila! HAHAHA Syu & husband gelak sakan laa masa tu. Ada lah dalam 30 minit untuk sampai. Tapi, yang seronoknya, dapat tengok suasana malam kat Kuta Bali tu. Memang meriah!



Keesokannya, lepas breakfast, kitorg morning walk kat Pantai Kuta. Depan hotel je, tak jauh pun :) Ambil angin siang katenya :D Tapi, kena hati hati ye sebab sana banyak anjing. Tapi, kalau kita tak ganggu dia, dia pun tak heran kat kita :P Dah habis berselfie kat pantai, kitorg pun balik la ke hotel nak bersiap siap untuk pulang sudah :D



Destinasi sebelum pulang ialah ke Tanah Lot. Tempat wajib jugak untuk pergi kalau ke Bali. Jangan lepaskan peluang okay! Ada jugak tempt kecil dimana ada seekor ular yang dorang panggil Holy Snake. Katenya ular tu dah jaga tempat tu beratus tahun lamanya dan ianya masih hidup! Kalau korang nak pegang & bergambar, dibenarkan tapi ada bayarannya :) Kalau ikut kepercayaan dorang, boleh lah niat dalam hati atas apa yang dorang nak masa sentuh ular suci tu. Contohnya macam nak anak ke, nak kehidupan senang ke. Haaa camtuh lah ibaratnya. Tapi Syu memang tak pegang la kan, takut! Ularnya warna biru. 

Dalam gambar atas ni, tu lah Tanah Lot nya, nak kesana memang boleh, kena lah melalui laut tu. Takdalam pun, akan ada orang untuk pimpin anda kesana. Katsana tu temple dorang lah. Syu & husband tak kesana pun sebab dah nak balik kan, takde lah nak membasahkan diri lagi HAHA


Sebelum ke airport, kitorg cakap dengan Mas Doy nak beli ole ole untuk orang Malaysia. Jadi, Mas Doy bawak kitorg kat sini. Krisna Bali / Oleh oleh Khas Bali. Macam macam ada kat sini. Pendek kata semuanya ada! Daripada makanan, baju, beg semuanya lah! Tinggal nak pilih & bayar je. Sejam kat dalam ni memang tak cukup HAHAHA 

Kitorg ingatkan takde lah besar mane, so bila kata sejam tu mungkin cukup lah kot nak shopping. Tapi sudahnya, memang tak cukup lah sejam. Kena 2 jam lebih! HAHAHA Kalau korang kesini, pegi lah awal ehh. Kitorg memang diberi masa sejam je sebab sejam lepas tu dah nak terbang dah. Beli apa yang sempat jelahhh :D Tapi, memang puas hati!


Habis dah cerita honeymoon Syu :) Tq pada yang sudi baca. Lepas ni Syu cerita pasal pregnancy pulak ye :D Alhamdulillah, Syu dah pregnant dah sekarang. Rezeki dari Allah. Okay, till next time :)

Thanks for reading , Leave your comment please :)

No comments:

Post a Comment