Followers

Thursday, October 29, 2015

Barang Kelengkapan Bayi (Part II)

Biasalah kalau dah perangai mak mak dah sampai kann :P Ada je barang yang tak cukup kononnya. Padahal tu alasan nak pergi shopping lagi sebenarnya HAHAHA Nasib baik lahhh husband jenis melayan jeeee ape wife dia nak. Alhamdulillah :)


Hari Jumaat memang dah janji dengan husband, lepas dia balik kerja nak pergi kedai baby kat Bandar Baru Selayang, nak collect barang kat sana. Tapi, pagi tu jugak umie pun nak kelua beli barang abang untuk  siapkan hantaran dia. Umie ajak ikut, so memang nak lahh cite dia kan HAHAHA Duduk rumah sorang sorang pun bosan jugak kannnn so kita pun ikut lahhh umie :P

Lepas beli barang abang kat Hanifah Jalan Masjid India tu, umie decide nak g SOGO cari lagi sikit barang kat sana. Kita on ajee. Lepas tu umie ajak pegi department baby. Nak tengok barang baby katanya :P So, itu lahh dia. Beli baju baby lagi HAHAHAHA 2pasang. Baju yang biru tuuu RM10 je macam yang Syu beli haritu. Yang baju jaring jaring tu ha mahal sikit sebab dorang jual asing asing. Harga untuk baju RM8.50 & seluar pun RM8.50


Beli bantal kepala untuk baby. Yang dah beli haritu bantalnya kecik sikit. Memang ada plan nak beli lagi bantal untuk baby, umie dah belanja okay lah ni :P Tinggal nak cari bantal golek kiri kanan untuk baby je sekarang ni. At least ada 2 set dah cukup dah rasanya. Harga bantal untuk kepala ni RM13.90


Lepas dah pegi shopping dengan umie & abang kat SOGO, kita pun tunggu la husband balik kerja. Husband dah balik kerja, siap siap semua terus lahhh kita keluar lagi pegi Bandar Baru Selayang :P Tak padan dah sarat mengandung, kalau bab berjalan memang tak ingat dunia HAHA

Ni selimut baby yang sangat sangat laaaaa comfy. Kain ala ala baldu gituu. Memang sedap lahhh anakk tidur nanti. Tidur lenaa nanti dia :P Macam biasa lah, ambil warna selamat je sebab taktau gender baby. Baby still kepit & taknak tunjuk gender dia kat Mummy & Daddy dia. Nak surprise agaknya. Btw, selimut ni ada banyak corak. Ada satu tuuu corak bola, husband suka lahh! Dah nak ambil dah tapi mengenangkan taktau gender baby, kitorg ambil la yang ni, kang kalau baby girl, naya jeee pakai selimut corak bola HAHA Harga selimut ni RM35. Bagi Syu affordable sebab kainnya tebal & saiz besar.


Dah beli bengkung jugak siap siap. Nanti masa pantang takde lahhh nak beli apa apa lagi kan. Semua get ready je lahh kan HAHA So, Syu beli bengkung moden je. Tak reti lah kot nak pakai bengkung yang bertali tali tu. Takut kang husband takpandai nak belit kat kita. So, kita beli moden jelaaa, senang sikit & jimat masa :P Bengkung ni katanya daripada Indonesia, & bengkung ni daripada perut sampai ke punggung, so sesuai lahh kann nak berbengkung kan :P Harganya RM58.20

Minyak Mestika tu sesuai untuk ibu lepas bersalin katanya. Sapu kat kaki lepas dah discharge & terus pakai stoking. Harga minyak tu RM8.50 *muka makcik tu macam scary jee AHAHA* Minyak telon untuk baby pun dah beli jugak. Syu tanya akak kat kedai tu mane yang okay sebab ada banyak jenis minyak telon kat kedai dia tu. Dorang suggest yang ni sebab yang ni dari akar kayu putih. Husband setuju ambil yang ni, so kitorg terus ambil sebab dia memang cari yang akar kayu putih, RM8.50.


Nappy Liners from Pureen. Beli jugak sebab umie cakap masa pantang nak pakai kan baby napkin je. Taknak pakaikan pampers sangat katanya. Kita ikut jelahh kan sebab pantang memang dengan umie je :P So, Nappy liners ni standard saiz RM13.90. Nappy pins tu pulak RM8.90 untuk napkin baby nanti lah kannn :P


Dah alang alang semua ada kat kedai tu, beli je lahhh sekali jalan kan :P Termos untuk air panas masa kat hospital nanti. Maklumlah, kat rumah Syu memang takde termos camni. Serius memang takde HAHA So, memang kena beli. Tanya husband & dia izinkan untuk kita ambil :P Harga termos ni RM59 rasanyaa. Lupa pulakkk :P


Bath tub untuk baby. Sebenarnya ni Foldable Bath Tub. Bath tub yang boleh lipat lipat tuuu HIHI Besar pun besar. Ruang yang digunakan untuk simpan sangat laaa minima. Sebab tu nak beli jugak bath tub yang ni. Sanggup tunggu stok baru sampai AHAHA Walaupun lambat. Tapi, warna yang Syu & husband nak takdeee which is Biru. Akhirnya, ambil jelaa warna hijau. Takkan nak ambil pink pulakkkk. Kalau baby boy ke yang keluar, tak ke nayaaaa :P So, harga bath tub ni RM99 :)


Masa jalan jalan dalam kedai tu, Syu ada nampak romper baby Elmo tapi warna PINK. Tunjuk kat husband, dia suruh ambil je. Dia memang tau Syu addicted sangat dengan Elmo ni haaa. Tapi Syu taknak lah ambil sebab warna PINK kann plus gender baby taktau lagi so Syu memang takde rasa nak ambil walaupun hati meronta ronta nak jugakkkk baju tu HAHAHA End up, masa nak bayar tu, husband nampak baju Elmo warna biru ni kat dalam hamper. Dia pun tny kat akak tuu, ada jual tak baju Elmo biru tu. Rezeki baby nampaknya, memang ada! HAHAHA Bukan main suka lagi Syu waktu tu, ape lagi terus ambil & bayar AHAHAHAHA RM13.90

Barang barang ni semua Syu beli kat kedai Bandar Baru Selayang. Syu tau kedai dorang pun through Instagram. Korang boleh lah usha instagram dorang, ada banyak pilihan barang. 

Instagram : si_kecil_ibu

Selamat membeli belah!:P

Thanks for reading , Leave your comment please :)

No comments:

Post a Comment