Followers

Thursday, October 8, 2015

Barang Kelengkapan Bayi :)

Alhamdulillah, Syu dah hampir 7bulan pregnant. Sebab tu lah jarang update blog sebab macam tak larat je nak duduk lama lama dah :P Kaki pun dah start sakit sakit & kebas dah. Normal mugkin ? HIHI Pengalaman pertama pregnant kan. Seronok walaupun ada dugaan dalam nikmat :)


So, untuk barang kelengkapan baby, Syu & husband dah prepare dah sikit sikit apa yang patot. Nak beli sekaligus tu memang tak lah kann. Lain lah kalau kita ni orang senang, petik jari je duit sampai HAHAHAHA Okay tu cerita KALAU. Cerita kalau ni memang best pun sebab ianya memang mustahil untuk wujud en HAHA

Kitorg start beli barang masa Syu 5months. Kebetulan ada expo kat SACC sebelah SACC Mall tu, Syu ajak la husband kesana, beli barang sikit katenyaa :P So, rompers tu semua beli kat expo di SACC haritu. Murah & berbaloi ! Ada yang RM5 sehelai okay! Yang I love mum & dad tu sehelai RM10 kalau taksilap. Semuanya saiz 3m-6m & 12m terus Syu beli :P 2 yang depan tu je NB punyaaaa :)


Diaper bag 5 in 1 ni pun Syu beli kat expo, RM60 je. Biasa tengok online shop. Harga ada yang RM75, RM69. So, bila kat expo ni, jumpa pulak diaper bag ni harga RM60, terus grab! Husband pun okay je sebab senang nanti nak bawa pergi hospital. Walaupun diaper bag ni untuk baby, nanti ibu nya nak pinjam jugak :P Syu lebih suka beli barang offline sebenarnya. Kita bole tengok kualiti barang tu macam mane. Kalau online, takbole nak tau macam mane kualiti barang tu kan. Tapi, kalau barang tu memang takde jual offline, terpaksa jugak laa beli online. Btw, changing mat tu memang ada sekali, tapi tk berapa tebal & ianya plastick. Nanti nak cari lagi untuk travel punya. Senang, tak payah nk usung yang satu ni jeee.


Baju lagi! HAHAHA Perangai mak mak dah sampai, memang cam gini la gayanyaaa. Nasib baik husband jenis melayan :P 2 helai baju kat atas tu beli kat Jusco je. Brand Pureen, RM10 je sepasang. Kebetulan ada sale masa tu, tunjuk kat husband, dia suruh ambik terus. Yang baju lubang lubang tuu beli kat expo SACC tu jugak. Sehelai RM14. Syu cuba cari kat kedai kedai baby yg biasa, memang mahal baju lubang lubang gituu :( Ada pulak jual asing asing baju dengan seluar. Kena tunggu expo lah kot kalau nak beli lagi baju gituuuu.


Mitten & bootie ni beli kat expo SACC jugak. 1 set RM3 kalau tak silap untuk yang brown & blue color tu. Yang ada corak corak tu RM8. Yang set elmo tu beli kat Manjaku :P Syu memang takboleh tahan kalau ada apa apa yang berkaitan dengan elmo HAHAHAHA Sangat comel okay! Mintak izin dengan husband nak beli yang tu, nasib baik husband memahami naluri isterinya ini :P Terus tolong bayarkan AHAHA Bahagianya rasa masa tu :P Set mitten dengan bootie tu RM8.90. Yang topi tu pun sama jugak harga tapi jual asing dengan mitten & bootie tu.


Rompers panjang ni sepatunya kena beli lagi tapi untuk setakat ni belum lagi nak beli. Syu tktau gender baby lagi, so sekarang episod membeli baju baby dihentikan dulu :P So, rompers tiger yang comel tu husband yang beli. Dia nampak masa kat expo tu, terus beli, harganya murah aje, RM10 je. Yang Tom tu beli kat SOGO, mahal jugak harganya, RM24.90.



Baby bip ni dah beli 3set, semuanya ada 9helai. Dah bole stop dah beli baby bib ni HAHAHA Yang plastik tu punya, Syu beli kat Expo Mid Valley haritu. RM28 untuk 3 helai. Memang cari yang plastik nanti senang nak lap. Yang 3 helai belah kiri pun beli kat Expo Mid Valley. Harganya kalau tak silap RM20 kot, lupa dahh HAHAHA yang lagi 3 helai belah kanan Syu beli kat kedai Si Kecil Ibu kat Selayang tu, RM29 kot. Lupa jugak harga HAHAHA


Towel baby baru 2 helai je. Nanti kena beli lagi. Syu beli hooded towel, comel sikit. Boleh tutup kepala baby sekali :P Yang biru tu RM28 beli kat Expo Mid Valley. Yang Pureen tu RM24.90 beli kat Jusco je. Orang kata towel baby kena beli banyak, biar banyak jangan tak cukup HAHA Takpe, nanti kita pujuk si ayah untuk beli lagi ekk :P Yang hijau tu bukan towel baby. Ianya adalah bedung baby, RM21 . Kain sedap sedap je, sejukk. Sesuai untuk baby. Bedung dah ada 4 helai dah. Lagi 3 helai, umie Syu dah tolong jahitkan :D Untung ada mak tukang jahit :D


Actually, masa expo kat Mid Valley tu banyak jugak Syu beli barang :P Penuh 1 troli kitorg shopping HAHAHAHA Sebab untuk next expo nanti takut Syu dah taklarat nak berjalan. So, kitorg decide untuk beli barang yang betul betul penting. Yang sikit sikit tu boleh beli later even dah tak larat nak berjalan kan. Tapi, nama pun perempuan. Perempuan dan shopping takkan dapat dipisahkan :D Walaupun sakit, kalau husband ajak shopping mesti terus sihat HAHAHAHA

So, untuk mandian baby ni Syu decide nak beli brand Johnsons Baby. Sebab Syu suka baunyaaaa. Lembut jee, bau baby kan :P Ni semua Syu beli set. Dorg ada jual set, RM70. Yang 4 botol kecik belah kiri tu sebenarnya travel set, RM10. Yang bedak baby warna kuning tu Syu tktau lagi kegunaannya untuk apa. Yang tu dapat dalam goodie bag. Same goes tu baby wipes Fiffy & sabun basuh botol Fiffy.


Pampers Syu decide untuk beli brand Drypers. Akak ipar & kawan kawan cakap Drypers ni okay & sesuai untuk baby. Tapi kalau mampu boleh la beli brand lain yang mahal sikit HAHAHA takpelah, kita beli setakat yang mampu je, asalkan anak selesa :) So, Syu beli New Born set, ada 2pack NB (64pcs) & S saiz dengan harga RM85. Playmat tu dapat free :D Yang 3pack kecik tu dapat kat Klinik masa check up haritu. Tiba tiba je nurse yang check Syu tu bagi, ambik jelaaa :D


Bottle sterilizer & food steamer ni Syu beli masa kat expo jugak. Beli brand Autumnz. Masa tu husband yang pergi beli sebab Syu dah kepenatan berjalan HAHA Plus barang dah banyak, so tkdapat lah nak ikut. Leceh nk usung banyak banyak barang kesana kesini HAHAHA Actually suruh husband beli breastpump je, tapi biasa lahhh orang meniaga, mesti offer macam macam sampai husband pun terjebak beli HAHAHA



Untuk set breastpump, kitorg beli set RM255 untuk single breastpump. Yang sterilizer tu RM105 katenya. Kalau beli dengan harga biasa agak mahal. Sebab tu husband decide untuk beli jugak. Itu untuk set yang single breastpump. RM255 dapat semua tuuManual pump dapat free. So, kalau agak agak rajin, boleh laa cuba pump guna manual :P

-Single breast pump (include manual pump)
-4 pcs breastmilk storage bottle
-3 pcs reusable ice pack
-storage bag (for bottle)
25 pcs breastmilk storage bags (double zip lock bags)


Tilam berkelambu ni RM55. Warna green turqoise. Disebabkan taktau gender baby, kitorg pilih warna selamat aje lahh & Syu berkenan dengan warna ni HAHA Cuma bantal untuk kepala tu kecik sikit. Sepatutnya kena lebar sikit baru lahh okay. Tapi takpe, neneknya dah cakap nanti dia buatkan 1 set bantal baby :D Untung ada mak tukang jahit HAHAHA Baby Laundry Detergent brand NUK tu Syu beli kat SOGO, RM45 .



Itu lah kelengkapan yang dah Syu beli setakat ini. Banyak jugak yang belum dibeli lagi sebenarnya. Tapi, dah ada list dah, cuma tunggu masa yang sesuai je untuk dibeli HAHAHA So, set baju yang bebear tu Syu decide baby akan pakai on her/his 1st day nanti. Beli set ni kat expo Mid Valley dengan harga RM45. Husband nampak kedai tuu, tapi dia suruh Syu yang pergi beli. Masa tu macam blur jugak sebab taktau nak tanya pendapat siapa. End up, Syu pilih yang ni. Macam biasa, warna selamat jugak lahh kita pilih :D

NEED TO BE DONE
-bath tub
-almari kecil
-grooming set baby
-kain batik untuk ibu
-maternity pad
-botol & puting (NB)
-napkin baby
-minyak telon
-set berpantang untuk ibu

Ni je kot. Ke ada lagi yang tertinggal? HAHAHAHA Okay, till next time guys! <3

Thanks for reading , Leave your comment please :)

No comments:

Post a Comment