Followers

Wednesday, July 8, 2020

Birthday Celebration?

2nd of July,

Hari Syu dilahirkan. Alhamdulillah, dilahirkan sihat dan membesar dengan sihat sehingga ke hari ini. Umie cerita yang dulu dia tak sedar dia mengandungkan Syu. Dah 5 bulan baru dia sedar sebab badan dia kecik & dia seorang yang lasak & aktif.

Hari tuuu kitorg berjalann laa lepas habis checkup dekat klinik. Den suruh laki den CUTI laaaa, takyah sebok kerja HAHAHA Pedulik hapeeeeee kehkehkeh. Kita dapat kek dari akak ipar, siap anto kat klinik lagii. Gigih la usung sana sini kek tu HAHA



Masa ni dekat office FP, laki den nak tukar beg. So sementara menunggu, kita photoshoot la brownies ni. Sempat makann jugak. Ada cookies jugak tapi tak sempat ambik gambo, dah HABIS HAHAHA Korang kalau nak order, boleh jugakkkk. 

Visit IG : @zehandelight

Lepas dah settle, berjalan la kami ke Aeon Maluri Cheras tu sebab nak beli barang sikit. Konon plan nak jalan-jalan jugak dalam tuu. Tapi apehal tahh laki den taknakk. Nak cepat-cepat jeee. Iolls pasrohhhh aje laaaaaaa. Tapi sebelum tu makan dulu laaaa, lapoooooo!


Tekak memang dah lama nak Chicken Shawarma dekat foodcourt My Town tuuuu. Kengkonon pegi Aeon dulu laaa beli barang. Tapi masa tu pun dah lapar sangat, husb ajak makan situ je terus. Dia kata next day kita pi cari Chicken Shawarma tuuu. Iolls pun redhoo jelaaaaaa. Dah order nak makan ape, husb pi beli. Tapi dia dok jalan dulu laa kat foodcourt tuu nak cari makann apeee.

Tiba-tiba dia datang balik bawak tester. Eh-eh rupanya Chicken Shawarma yang kita dok nak sangat tuuuu! Ada jugakk kat foodcourt tuu. Memang rezeki la kann. Husband terus order 2 set ye. Jenuh nak habiskan sampai bergaduh sape yang nak habiskan HAHAHA Bagi Syu memang sedap & kna dengan tekak Syu, dengan orang lain tak tau laaaa. Sebab tekak lain-lain kannn. 


Lihat lahh doniaaaaa. Kemahen banyak yeeee. Kenyangg macam ulorr lepas makan! HAHAHHA Set ni RM16 kot kalau tak salah. Okay laaa for me. Nama dia kat FC tu, Damascus. Kalau nak cobaaa, sila la cari HAHAHA Lepas makan terus pi beli baranggg.Itupun laki den nak cepat-cepat. Masa tu pelik sebab dia sebok ajak pegi Tesco. Sebab nak pegi TESCO MEMANG TAKDE DALAM PLAN! Ajak beli barang dapur plak, orang nak having fun on birthday. Tapi disebabkan taknak durhaka, den ikut jelaaaaaaaaaaaaaaa, padahal dalam hati dah nak nangis oiii. 


Lepas tu pandai plakkk dia suruh kita masuk dalam dulu dengan anak-anak. Dia nak pi jumpa kawan diaaaa. Memang kawan dia ada kedai pun kat Tesco tuu. Aku pun layan jelaaaaa. Tiba-tiba kena tahan dengan dak atas ni HAHA Nasib baik kenal walaupun pakai mask. Borak laaa dengan dia sementara nak tunggu laki den siap borak dengan kawan dia tuuu. 

Masing-masing dah siap borak, baru laa masuk kat dalam. Redho je ye akuu beli barang dapur. Dengan takde list, ingat-ingat lupa jela. Sebab memang takde dalam plan kannn! Laki aku plak bagi alasan dia busy so nanti takde masa nak beli barang dapur. Aku REDHO LAGI! Dah siap beli barang, eh eh dia tanya kita nak kek kee kat SR, aku cakap nak beli, beli. Taknak pun takpe. Aku okay jeeee. Tapi dia pulak cakap "birthday awak takkan takde kek," Aku dah macammmm -____-

Lepas tu pegi beli barang jap kat Watson, aku jela masukk. Lepas habis beli, keluar tengok dia takde. Cari-cari rupanya kat kedai phone sebelah, jual aksesori tuuu. Aku tanya la buat ape situu? Dia dok tengok-tengokkk casing la ape laaa panjangkan leher dah macam zirafah aku tengokk. Aku usha ringlight. Dia tanya nak ke, aku kate nak, beli dulu guna duit dia nanti aku bayooorrr. Dia kata takpe dia bayor & dia halau aku suruh pegi tunggu kat SR. KORANG GHASE??? 

Aku dah macam APEHAL LAKI AKU HARINI! Dah beli kek, nak masuk kete pun dia suruh aku masuk dulu. Sampai rumah pun dia kata naik dulu, barang nanti dia bawak naik. Aku pun macam yelaaaaa. Malas layan dah sebab takde mood.

Dia naik & nak turun balik sebab nak pasang beg FP dia, dia letak barang-barang kat dapur. AKu tanya mane ringlight akuuu. Lepas tu dia kat japppp. Lepas tu sebelum turun, dia hulur plastik dekat aku & cakap 

HAPPY BIRTHDAY IBU. 
DIA CIUM DAHI AKU & TERUS KELUAR

Aku sempat jerit ye, ape benda ni! Aku mampu gelakk je sebab masa tu takde mood tapi tiba-tiba dihulur hadiah . Speechless maybe HAHAHAH Lepas bukak plastik tuu iolls terkezut & rasa nak nangis tapi ku tahankannn. Dia patah balik & gelak-gelakk. Reaction saya? Mampu senyum & peluk sambil ucap terima kasihhh.


THANK YOU ABI. IBU TAK MINTAK ABI BAGI KALAU ABI TAK BOLEH NAK ADA KAN SEKARANG. IBU PAHAM. TAPI ABI TETAP USAHA UNTUK ADA KAN. THANK YOU ABI. IN SYAA ALLAH, IBU JAGA PHONE NI BAIK-BAIK MACAM NYAWA IBU SEPERTI PESANAN ABI ♥ ♥

Alhamdulillah. Patot la perangai pelik semacam. Nak buat seprais tapi tak menjadi sangat. Tapi takpe, ibu appreciate setiap ape yang abi cuba buat. Dulu abi romantik, sekarang romantik jugak cuma dah kurenggg HAHAHA Tapi takpe, i still love you. Thank you abi. Okay, berakhir lah hari special Syuhada. Alhamdulillah untuk segala rezeki yang Allah kurniakan. 

MOGA ALLAH KURNIAKAN LAGI REZEKI 
BUAT SYUHADA & AZMAN SEKELUARGA
AAMIIN ♥ ♥
Salam Sayang,

Thanks for reading , Leave your comment please :)

No comments:

Post a Comment