Last day dekat Hatyai. Sekejap je trip kitorg ni sebab ni dikira birthday trip untuk encik shuben. Dia nak sangat pi Hatyai, so layankan ajurrr. Alhamdulillah, semuanya okay. Bawak anak-anak masa travel memang mencabar sikit kan tapi kita kena pandai handle laa. In Syaa Allah, dipermudahkan.
So, pagi last day tu kitorg takde kemana kecuali jalan-jalan area hotel je sebelum checkout. Nak cari ole-ole & barang yang orang kirim. Tapi biasa laaa tepi-tepi tu harga dia agak mahal yea. Kena pandai laaaaa tawar dengan dorang tuuuu. Kalau taknak beli situ pun boleh, korang boleh beli kt Padang Besar HAHAHA Tapi, ada jugak barang yang ada kat Hatyai tapi takde kat sana. Begitulah kehidupan, ehhhh HAHAHA
Baiiiiiiiii Sakol Hotel. Jumpa lagi kita nantiii. In Syaa Allah. Dah check out, kitorg naik tuktuk ah Boy je pegi train station. Jauh jugakk la dengan nak bawak beg, anak-anak lagiii. So naik tuktuk jelaaa kan, nak jalan kaki memang lambeeeetttt lagiiii. Sampai je sana, pegi beli tiket & ada masa untuk kitorg lunch dulu sebelum naik keretapi legend tuuuu. Ada satu kedai halal kat belah hujunggg tuuu. Food dia boleh la untuk kau alas perut sebelum ia lapar kembali.
Aku beriya laaa order konon ingat berkuah. Sekali sampai kering dol! Begitu saja lahh foodnya, makan ajer la kannn. Nasib baik sedap. boleh telan. Kalau tak, memang tak lalu ler nak makan weiiii. Sepanjang kat sana, asyik nak minum green tea & milk tea jeeee, ambik mood gitu, chewahhhhh.
Kenapa legend? Haaa tengok ler. Begitu aje dalamnyaaaa. TAKDE AIRCOND yea, siap sedia berkicapppppp HAHAHAHAHA Kipas ade kot tapi mesti la tak rasa sangatt. Masa nak tunggu train gerak, ada la dalam sejam macam tu kot. Memang berkicap habis dol! Nasib baik anak-anak tak meragam. Memang mengharapkan angin sepoi sepoi luar tren tu je HAHAHA Sabor jela weiii.
Sementara tunggu tren nak gerak tuu, akan ada orang dok jalan menjual. Makanan & minuman. Terpulang la kat korang nak beli ke takk. Bole la minum makan dalam perjalanan tu kann. Dari Hatyai ke Padang Besar ambik masa dalam 40-50 minit macam tuu. Kitorg dapat seat depan. Seat ni tak free flow ye. Kalau hari biasa takde orang sangat, bole la kau duduk ikut sukaaa. Kalau hari yang pack, dia bagi seat sila ikut. Kalau tak, ada yang tarik muka HAHAHAHA
Anak bujang masa ni barai, taknak ambik gambar. So kitorg jelaaaaaa. Ala-ala hindustani heiiii tak? HAHAHAHA korang kalau naik keretapi ni nanti, jangan lupa ambik gambar okay! Nanti menyesal kalau tak berphotoshoot HAHAHA Bukan senang nak jumpa keretapi rare gini lagi HAHAHAHA End of our trip at Hatyai. Sampai Padang Besar kitorg sambung shopping & stay satu malam kat Kedah nun. Esoknya tu balik KL naik bas weiiii. Alhamdulillah, naik bas around 2pm, sampai TBS 11pm HAHAHAHHAHA kematu bontot akuu! Okay laaaa, layan gambar okayy. Till later ♥
![]() |
Arsyad tido dari Hatyai sampai Padang Besar HAHA |
Salam sayang,
No comments:
Post a Comment